Pagi semalam dalam pukul 11 pagi, sy dapat call dari MY GORGOUS MOM IN LAW..dengar suara ibu lain sangat..cam nangis..tapi bukan nangis..then dengar nafas ibu dah semput..sah la ibu penat ni..Ya ALLAH teruk jugak dengar suara ibu..takut jugak sy..masa tu Mr.HUBBY tengah tidur lagi..ibu cakap ibu penat dari semalam lagi..ni baru balik rumah je coz pagi tadi ayah dah bawa ibu pegi klinik untuk sedut gas..maknanya penat ibu ni teruk la sampai dah kena sedut gas..
Then sy kejutkan Mr.HUBBY ibu nak cakap..maybe ibu nak gitau sendiri dekat Mr.HUBBY..suami sy tu cam cakap sambil tidur dengan ibu..hehehe..kelakar pulak sy tengok..ye la, Mr.HUBBY duk ngantuk lagi tu..dalam kul 1 Sis pulak sms..risaukan keadaaan ibu..sy pun sama..Mr.HUBBY lagi la..kemudian kami decide nak balik Bedong kejap tengok ibu camane..dalam kul 4 kami bertolak ke Bedong..1 jam setengah kami sampai la..masa nak bertolak tu ayah cakap nak bawa ibu ke klinik lagi..sebab ibu duk semput lagi..sy tengok muka Mr.HUBBY dah lain dah..sy tau Mr.HUBBY risaukan ibu dia tu..
Elok-elok je kami sampai rumah, tengok ayah dan ibu pun sampai dari klinik..sy tengok muka ibu lain sangat..pucat..bila cium tangan dan pipi ibu tu, dapat rasa panas badan ibu..cam orang demam..risau jugak sy tengok keadaan ibu camtu..kalau sy ni tak bekerja boleh la sy stay sana tolong jaga dan temankan ibu..sebab ayah kena keja..adik-adik pulak ke sekolah..pagi-pagi tinggal ibu sorang-sorang la..tapi sy pun bekerja..dan hari ni jugak sy ada appoinment untuk check up Lil BABY..dan Mr.HUBBY pulak keja pukul 7 pagi hari ni..so Mr.HUBBY terpaksa jugak balik Ipoh malam ni..ciannya suami sy tu..penat balik sini pun tak ilang lagi, ni dah nak kena balik sana pulak..
Lepas magrib kami bertolak balik ke Perlis dari Bedong..rasa sedih pulak masa salam nak tinggalkan ibu..tak sampai hati..tapi terpaksa la..hmmmm..manakala pukul 10 malam, Mr.HUBBY pulak bertolak balik ke Ipoh dari Perlis..Tapi sy rasa bahagia walaupun bersama dengan Mr.HUBBY sekejap je, tapi kami gunakan semua masa-masa yang ada dengan sebaik mungkin..ye la, masa untuk sy bersama Mr.HUBBY terhad..janji sy happy, bahagia, gembira semua ada walaupun hanya 17 jam lebih je duk ngan Mr.HUBBY..
Untill now pun sy still lagi sms ibu tanya keadaan cmane..takut makin teruk ke..risau jugak duk jauh-jauh ni..ye la, ibu mertua pun sama cam mak kita sendiri kan..orang yang telah mengandungkan, melahirkan, membesarkan, mendidik dan memberi kasih sayang kepada suami kita..ibu cakap dah semakin OK, tapi tak leh gerak banyak la..nanti cepat je penat..x pe la, ibu berehat la banyak-banyak..jangan wat keja sangat..baring je..sy doakan MY GORGOUS MOM IN LAW tu cepat sembuh seperti sediakala..AMINNNN..
No comments:
Post a Comment