Monday, March 14, 2011

::BILA NAK DAPAT NI??::

Hmmmm..1 persoalan yg sy sendiri pun tak tau jawapannya..bila la nak dapat tukar ni??dah hampir setahun sy dengan Mr.HUBBY menjalani hidup sebagai suami dan isteri jarak jauh..bulan 4 ni cukup la 1 tahun..tapi sy still tak dapat-dapat tukar lagi ni..bila la agaknya sy nak dapat tukar dan duduk sekali dengan Mr.HUBBY sy tu ye..nanti bila BABY dah lahir, lagi kesian dekat BABY coz membesar jauh dengan PAPA..tak dapat sy nak bayangkan seorang anak kecil yang membesar tanpa PAPA yang selalu disisi..tak adil kan untuk BABY sy..sy dan Mr.HUBBY membesar dengan adanya emak dan ayah disisi..tapi nak wat cmane sy dan Mr.HUBBY ada tugas masing-masing..semua ini untuk keluarga kami jugak..

Dulu sy pernah minta untuk bertukar tempat bertugas, masa tu dah dekat-dekat nak kahwin tapi permohonan sy ditolak dengan alasan tiada pengganti serentak dengan jawatan sy di office sekarang ni..so, after dah dapat result tu, sy terus mohon sekali lagi..masa ni dah kahwin dan sy tengah mengalami alahan yang agak teruk masa tu..sampai pernah check in dekat Hospital Raja Permaisuri Bainun..dengan alasan yang sy mengandung, mengalami alahan yang teruk, permohonan sy masih jugak ditolak..kali ni dengan mengatakan bahawa tiada kekosongan jawatan di tempat yang sy mohon tu..ARRGGGHHH..sampai bila permohonan sy ni nak ditolak??..

Sy dah tak larat nak berulang alik Kangar-Ipoh setiap minggu..soal kewangan jangan cakap la..tak leh nak menabung langsung..sy hanya mengharapkan simpanan melalui potongan gaji Tabung Haji je..duit banyak habis atas jalan je..sama jugak dengan Mr.HUBBY..dengan lahirnya BABY nanti, perbelanjaan kami akan semakin bertambah..kalau dah dapat tukar, duit yang digunakan untuk berulang alik setiap minggu antara sy n Mr.HUBBY tu boleh la digunakan untuk tujuan yang lain..

Dari segi cuti pulak, kami juga agak bermasalah..sebab cuti sy dan Mr.HUBBY tak sama..dan cuti Mr.HUBBY pulak bukan macam sy yang cuti 2 hari..Mr.HUBBY just off je selama 24 jam..then kena masuk keja balik..hmmmm..cmane la nak buat ni..pernah suarakan untuk Mr.HUBBY pulak yang minta tukar ke sini dengan alasan mengikut isteri yang bekerja..tapi kena tunggu Mr.HUBBY comfirm jawatan dulu..lagi 1 tahun la jawabnya..tapi agak susah untuk seseorang yang bekerja seperti Mr.HUBBY nak minta tukar..kalau ditukarkan tu senang je la..

Ape-ape pun sy hanya mampu berdoa kepada ALLAH S.W.T untuk mempermudahkan urusan pertukaran sy mahupun Mr.HUBBY..demi kepentingan kami sekeluarga..AMINNN...apa yang mampu sy dan Mr.HUBBY lakukan hanya bersabar dan berserah pada Yang Maha Esa..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...