Assalamualaikum semuaaaaa.. Adehh lemaunya rasa bila start bekerja selepas dah bercuti lelama ni.. faham-faham la ye.. mood bekerja tu memang kelaut la..:)..
So enrty ni nak bercerita tentangt bercuti, berhoneymoon haritu.. hehehehe.. Destinasi kami sekeluarga adalah Negeri Pentai Timur.. Terengganu Darul Iman.. heheheehe.. sebab paling utama pemilihan ke Terengganu ni adalah sebabnya mommy sendiri tak pernah lagi sampai ke Terengganu.. umur dah dekat 30 tahun dan tak sampai-sampai lagi.. hehehehe.. negeri lain semua dah habis jelajah..
Ok, Terengganu, daerah yang kami pergi adalah Setiu.. punya alasan yang tersendiri, sebabnya kami nak ke Merang.. kami nak bercuti ke Sutra Beach Resort.. owwwyeeeaahhhh.. plan nak bercuti ni dah lama.. booking bilik dibuat seawal bulan 4.. tudiaaa semangat.. nak berjalan jauh ni memang la kena booking sesiap.. kang sampai biik penuh pulak.. nayaaa jeee..)..
Percutian kami kali ni memang betul-betul nak rileks dan berehat je kat sini.. tak de aktiviti yang penuh, yang memenatkan.. kami santai-santai dalam bilik, cukup masa keluar pergi makan kat restaurant, cukup masa bawa Abang mandi pool, jenjalan pantai..:).. memang best laaa.. rileks je.. cuma hari kedua ni sana kami ambil kesempatan berjenjalan ke Kuala Terengganu.. nak tengok rupanya Kuala Terengganu.. hehehehe.. Masjid Kristal nampak dari jauh je.. Pasar Payang lagi la tidak berminat nak pergi..
Di Kuala Terengganu kami just turun di Pantai Batu Buruk je.. sebabnya Abang nampak taman mainan.. nak turun la diaaa.. sementara Abang main ni, mommy makan sate ikan.. sedapnyaaa laaa haii sate ikan dekat sana..
Inilah dia, tempat yang paling banyak dihabiskan masa sepanjang dekat Sutra ni..:)..
Kolam dia sangat-sangat best.. betul-betul berhadapan dengan pantai.. memang cantek sangat pemandangan..
Sepanjang dekat resort ni, makan memang dekat sini je.. bilik yang mommy booking ni sekali dengan breakfast buffet.. so makan malam dan memang dekat sini jugak la.. harga tu memang mahal la standard hotel la kan.. malam pertama kitaorang makan Nasi Goreng Sutra sebab member yang suggestkan.. kena try, sedap katanya.. tapi memang sedap pun.. berbalaoi la dengan harganya yee.. Malam kedua baru kami makan seafood.. ikan ape entah, tak pernah makan, so mommy try ikan tu.. buat masak asam pedas.. memang sedap, memang terbaik..
Perjalanan kami dari Ipoh nak ke Merang ni lebih kurang 5jam.. Mr.HUBBY drive.. mommy tak boleh nak tolong drive sebab pegang Adik Adeena.. dari Ipoh kami ikut jalan Simpang Pulai ke Cameron, then Gua Musang, melalui sepanjang-panjang Tasik Kenyir.. pemandangan Tasik Kenyir ni memang best, memang cantek..:).. tapi itulah, perjalanan lama macam tu dengan anak kecik kadang-kadang menguji kesabaran.. hehehehe.. especially Adik.. tak tau duduk diam.. hehehehee.. maybe jemu agaknya lama sangat dalam kereta.. 3x tidur, bangun tak sampai-sampai lagi..:)..
Selesai bercuti ke Merang, kami meneruskan percutian balik kampungggg..:)
Lagi 2 atau 3 tahun nak datang lagi lahhh.. hehehehe.. tapi Mr.HUBBY cakap tunggu 5 tahun, sebab penat pergi haritu pun tak habis lagi.. ekekekekeke.. bila dah balik Ipoh ni, asyik teringat je dekat sana..:).. gambar tak banyak sangat yang diambil.. tak sempat dah nak berposing ni kalau dengan anak kecik.. tunggu Adik besar sikit, nanti kita lawan posing ye dikk..