Friday, October 10, 2014

::BERCUTI KE SABAH Part II::

Alhamdulillah, ini sambungan hari kedua semasa berada di bumi Sabah.. aktiviti harini agak padat.. so kami memang bangun awal, sebab perjalanan jauh dan memakan masa hampir 2 jam dari Kota Kinabalu.. Perjalanan berpandukan bantuan waze Mr.HUBBY.. hehehehe.. dan yang penting, sabah cerah awal ok, pukul 7pagi dah terang benderang macam pukul 8.30 di semenanjung.. :)..




Yeayyy, kami 3 beranak dah ready untuk berjalan hari kedua ni.. Mr.DADDY cakap mommy kemain lagi nak berjalan, tak padan dengan mengandung.. hehehehe.. aihhh, mesti la daddy, berpeluang datang ke Sabah ni, kena kuatkan badan untuk berjalan.. so pagi tu kami brakfast dulu, kenyangkan perut, sebab ada kawan mommy gitau sepanjang perjalanan ke Gunung Kinabalu memang dah tak de boleh nak makan-makan dah.. kita tak sure tentang halal sebab dekat sana ramai penduduk yang beragama kristian.. tapi memang betul la, sebab sepanjang perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang, memang banyak gereja je tepi-tepi jalan.. 

So ini lah destinasi kami hari kedua ni.. Gunung Kinabalu.. tapi tak de la sampai nak mendaki Gunung Kinabalu, just di kaki gunung sahaja.. cukup la dapat merasa kesejukkannya.. tapi memang sejuk, lagi sejuk daripada Cameron Highland..:)..










Untuk makluman, bayaran masuk ke Gunung Kinabalu ni RM3.00 untuk dewasa dan kanak-kanak bawah 3 tahun free.. dan nak naik ke kaki gunung pulak bayaran RM8.00 naik dan turun dengan menggunakan kenderaan van yang pihak diorang sediakan.. dan sekali lagi kanak-kanak bawah 3 tahun free..:).. 

Then kami teruskan lagi perjalanan ke Desa Dairy Farm.. nak tengok lembu-lembu tompok-tompok feeling ala-ala New Zealand.. heheehhe.. feeling sangat macam duduk dekat New Zealand, sebab suhu dekat sini memang sejuk.. best jerr.. bahagianya laaaa kalau dekat Ipoh cuaca sejuk macam ni.. comfirm bertambah putih.. hehehehehee.. Dan yang penting, nak masuk ke Desa Dairy Farm ni pun dikenakan bayaran iaitu RM4.00 seorang untuk dewasa dan sekali lagi free untuk kanak-kanak bawah 3 tahun..





Then selesai di Desa Dairy Farm, kami turun menghala ke Kota Kinabalu balik.. so dalam perjalanan balik, kami singgak lagi di Rumah Terbalik.. orang kata kalau datang Kota Kinabalu, wajib pergi Rumah Terbalik ye.. sebabnya hanya di sini je satu-satunya ada Rumah Terbalik ni..  nak masuk Rumah Terbalik ni pun dikenakan bayaran iaitu RM10.00 untuk dewasa warganegara dan sekali lagi free untuk kanak-kanak bawah 3 tahun.. :).. sebenarnya dekat Rumah Terbalik ni gambar hanya boleh diambil dekat luar je, masa dibawa masuk ke dalam rumah, langsung sama sekali tidak dibenarkan untuk mengambil gambar..






So dengan berakhirnya lawatan ke 3 tempat tu, maka berakhir la agenda untuk harini kedua ni.. balik hotel rehat-rehat, mandi-manda.. mommy pun perlu diurut-urut untuk melegakan lenguh kaki mommy ni.. hehehehehe.. lepas dah rehat semua, kami keluar balik untuk mencari makan malam.. itu pun antara agenda yang wajib.. hehehehe.. then nak menyopping baju-baju dan mutiara-mutiara yang ada.. so destinasi kami ialah Pasar Filipina.. banyak pilihannnn.. rambang mataaa.. then makan pun, kami makan disitu.. memasing dah tak larat nak berjalan mencari tempat makan.. mau makan cepat-cepat, balik bilik dan tidur.. keesokkan harinya kami dah mau fly balik ke KL semula.. sayangnyaaa nak tinggalkan bumi Sabah ni.. entah bila la nak dapat jejakkan kaki semula ke sini.. huhuhuhu..

Thursday, October 9, 2014

:: BERCUTI KE SABAH Part I::

Alhamdulillah, kejadian minggu lepas.. trip percutian a.k.a honeymoon ke Sabah akhirnya berjalan dengan lancar.. huuhuhuhu.. setelag penantian hampir 11 bulan.. dah dekat 1 tahun.. huhuhuhu.. apa-apa pun bersyukur akhirnya semuanya berjalan dengan lancar.. Kami sekeluarga selamat pergi dan balik.. Itu lah yang diharapkan pun.. so percutian bermula 28 Oktober 2014. kami pergi sekejap je pun.. Percutian selama 3 hari 2 malam ke Kota Kinabalu.. 

So 28 Oktober percutian bermula seawal jam 3.00 pagi dah bangun mandi-mandi, siap-siap sebab flight pukul 7.50 pagi.. kami pulak sehari sebelum tu dah bertolak ke Klang, rumah nenek Mr.HUBBY.. so kami stay disitu dan gerak ke KLIA 2 pun dari rumah nenek la.. kalau dari Ipoh ni jauh sangat.. huhuhuhu.. Selesai siap-siap, pukul 4.30 dah bergerak ke KLIA 2 dengan dihantar oleh bapa saudara Mr.HUBBY iaitu Cik Li.. TQ Cik Li sudi menghantar kami seawal pagi tu.. hehehehee.. Ajeeq pulak tukar baju je, kesian pulak nak mandikan budak kecik tu jam 3 pagi.. huhuhuhuhu..

Sampai KLIA 2, terus check in drop laggage dulu.. itu yang penting.. hehehehe.. pagi-pagi buta tu pun ramainya laaaa orang beratur untuk check in lagagge.. beratur panjang jugak.. selesai drop laggage, baru kami makan.. sarapan diawal pagi.. hehehehehe.. selesai makan, teruskan berjalan ke balai pelepasan, check keselamatan, then barjalan jauh ikut gate yang ditetapkan.. huhuhuhu.. Jauh berjalan mommy, sebab gate kami J11 adalah antara yang terhujung.. huhuhuhu.. sabor je la ye mommy.. jalan la slow-slow tergedek.. hehehehehe..

ada budak teruja naik kapal terbang.. terujaaaaa..



Ajeeq tidur je, maklum la kena bangun awal.. 




 Ini lah pengalaman pertama kami 3 beranak naik kapal terbang.. maklum la sebelum ni tak pernah naik, tapi disebabkan masa boarding ni mommy mengandungkan AdikBaby 29w, so mommy kena dapatkan surat daripada doktor sebelum dibenarkan menaiki kapal terbang.. so kami 7.50pg kami boarding, sampai KK pukul 10.30pg.. Alhamdulillah cuaca pun OK flight tak de nak delay, then penerbangan pun smooth je.. Akhirnya dapat jugak menjejakkan kaki ke bumi Sabah.. Yeaayyyy, mari kita start our vacation..

So hari pertama di KK kami terus ke hotel untuk check in.. Mandi-mandi, rehat-rehat kejap, then baru keluar balik berjenjalan ke Tanjung Aru.. nak tengok pantai, menikmati sunset.. hehehehe.. 









Then kami terus mencari kedai makan.. niat dihati nak makan seafood.. menikmati kesedapan seafood di sini.. orang cakap murah pun murah.. 

kailan ikan masin
sotong goreng tepung
jenahak sweet sour
udang masak manis
Tapi memang murah giler la seafood di sini.. Total untuk semua lauk-lauk dicampur dengan nasi dengan air baru RM90.00.. macam tak percaya je bila akak kedai tu kira.. huhuhuhu.. murah sesangat..

Selesai berdinner, jenjalan ronda-ronda kejap, then terus balik bilik hotel.. kami mau rehat-rehat sebab esok ada agenda besar.. hehehehe.. kena bangun awal, menikmati sepenuhnya masa-masa yang seciput kami di bumi Sabah ni.. hehehehehe..

Friday, September 19, 2014

::MISS U Mr. HUBBY!!!!!::

Assalam untuk semua.. selamat pagi di pagi Jumaat yang berkat ini.. waaaa, rajin ni nak mengupdate, sifat malasss, sila pergi jauh-jauh ye..:).. saya tak nak biarkan blog saya ni bersawang lagi.. hehehehe..:).. so pagi ni mommy dah breakfast, makan koew teow goreng.. dan hari ni juga dah lebih seminggu Mr.HUBBY kesayangan tu beroutstation.. bertugas sempena Pilihan Raya Kecil Dun Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.. kebetulan group LSF Mr.HUBBY yang kena dan semboyan dikeluarkan..

So dah seminggu lebih ni tinggal la mommy berdua beranak dengan Abang Ajeeq, bersama-sama AdikBaby inside..:).. biasa la, bila dah kena tinggal especially time-time mengandung ni, memang terasa betul la dengan ketiadaan Mr.HUBBY.. kalau siang-siang tak terasa sangat especially time kerja.. tapi malam-malam memang terasa betul.. dah tak de orang nak urut-urutkan badan, lenguh-lenguh kaki akibat jalan pun tak de sape urutkan.. huhuhuhuhu..

Dah tu, airmata cepat betul mengalir, pantang silap sikit.. hehehehe.. emosi sangat la mommy ni.. mengandungkan anak dara katanyaaaa.. muahahahaha.. Mr.HUBBY selalu cakap jangan ikut sangat emosi nanti anak sensitif pulak.. hehehehe.. tapi nak buat canne Mr.HUBBY, dah cepat sangat rasa sedih nya.. bila dah sedih tu, faham-faham la, laju je airmata ni mengalir.. Mr.HUBBY pun kena jaga hati mommy betul-betul la tambah-tambah time jauh-jauh ni..:)

Then bila berjauhan, hanya gambar je la berwhatssap untuk menghilangkan rindu disamping call.. Ajeeq pulak teruja setiap kali Mr.DADDY call.. dia dulu yang nak cakap dengan Mr.DADDY.. ceritakan ape yang dibuat hari tu.. dan yang paling sedih setiap kali call ayat last memang Ajeeq akan cakap " Abang tunggu Daddy balik ye ".. huhuhuhuhu.. mommy yang dengar ni pun sebak.. mommy pulak selalu cakap dengan Ajeeq " Abang sabar ye, Daddy kerja jauh, nanti Daddy balik ye ".. anak yang kecil tu pun dah pandai bertanyakan tentang Mr.DADDY, tambah la mommy ni.. lagi la terasa Mr.DADDY tak de..

So Insyaallah selepas PRK 25 September ni Mr.HUBBY balik.. mommy dan Abang tunggu kepulangan Mr.DADDY.. moga Mr.DADDY selamat balik nanti.. Amin.. Semoga ALLAH permudahkan semuanya.





So entry kali ni upload gambar Mr.HUBBY je.. wajah kesayangan mommy tu.. huhuhuhuhuhu.. 

p/s : Cepat la balik Mr.HUBBY, mommy dan anak dah rindu Mr.DADDY sangat-sangat ni..huhuhuhu..

Wednesday, September 17, 2014

::ASSALAM PRINCESS MOMMY DADDY::

Assalamualaikum dan selamat pagi.. blog mommy ni dah bukan takat berhabuk dah, dah sampai bersawang dah ni.. hehehehe.. lamanya laa  haii tak update pape.. tentang raya pun tak de.. muahahahaha.. selalunya kemain lagi nak bercerita.. tentang projek susunatur lagi la jauh nak diceritakan.. hehehehe.. 

So entry ni tentang AdikBaby inside.. bila dah baca tajuk pun sure orang dah tau jantina AdikBaby ni.. hehehehee.. Alhamdulillah dengan rezeki Allah.. kali ni princess pulak.. dah ade prince kat rumah tu.. dapat dah la sepasang.. Syukur, syukur.. orang kata bila dah dapat sepasang dah boleh berhenti lama sikit baru mengandung balik.. hehehehe.. tapi bag mommy, nak mengandung dan beranak siap-siap tumpang duk muda ni.. muahahahaha.. nanti dah 35 tahun dah berhenti mengandung.. cukup kan je kouta cuti bersalin kerja kerajaan ni.. hehehehehe..


Tadaaaa, tengok hasil scan yang menampakkan keperempuanan itu.. hehehehe.. bila doc tunjuk je, mommy dah boleh agak yang perempuan, then bila doc cakap, lagi la bertambah keyakinan.. tersenyum mommy dan Mr.DADDY bila doctor cakap nampak jelas burgernya tu.. hehehehe.. masa Abang dulu pun nampak jelas bibirdnya tu.. dua-dua anak mommy tak malu la nak tunjuk jantina masing-masing.. hehehehe..

So now kandungan dah 7 bulan lebih.. kejap je masa berjalan.. tapi ramai yang tegur perut mommy kecik je walaupun dah anak yang kedua.. selalunya anak kedua perut dah besar.. tapi tak kisah le kecil ke besar janji anak mommy sihat-sihat je kat dalam ni ye..:).. mengandung kali ni pun tak naik banyak sangat berat badan.. masa Abang Ajeeq dulu kemain lagi naiknya..

Now bila dah start kandungan 7 bulan ni, dah start buat persiapan sikit-sikit.. slow-slow.. mommy dah start kemas-kemas semua baju-baju newborn Abang.. mana yang boleh digunakan, mommy guna je, nak pakai sekejap je dalam pantang.. 


So ini lah hasil selepas saringan baju-baju newborn Abang dibuat.. hehehehehe.. mana yang warna putih-putih, ada biru sikit-sikit pun mommy ambil je.. tapi banyak gak lagi yang nak kena topup ni.. hehehehe..




Dan ini adalah benda pertama yang mommy belikan untuk AdikBaby.. Buah Mula orang tua-tua kata.. hehehehe.. beli sikit-sikit, nanti Mr.DADDY balik dari outstation baru senaraikan full ape yang perlu dibeli lagi.. tapi kebanyakkan memang gunapakai yang Abang Ajeeq punya..:).. jangan membazir disitu.. hehehehe..

Now sambil menaip ni sambil menikmati keindakan gerakkan dari dalam perut mommy ni.. hehehehe..:)..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...