Tuesday, December 10, 2013

::MASAK KURMA TAK JADI::

Assalam semuaaa.. dah petang ye baru nak berupdate blog ni.. pagi tadi sibuk sikit, dengan meetingnya.. lepas tu ada kes di hospital.. so petang baru nak mood nak cerita..

Kali ni nak bercerita pasal hujung minggu lepas.. nak cerita yang mommy belajar untuk buat masak kurma.. tapi cam tak jadi je, cam tak sedap je.. hehehehe.. maklum la baru pertama kali nak buat kan.. so redha je kalau tak jadi ke.. hehehehe.. tapi tengok Mr.HUBBY makan ok je.. tapi pada mommy cam tak jadi.. tak sama je cam yang orang lain buat.. tapi rasa dan bau jadi la masak kurma.. cuma tekstur kurma itu sendiri.. tak menjadi.. hehehehe.. cewaaaahhh, cam juri masterchef pulak ye..:)..

gambar Ajeeq pagi Sabtu
bahagia bila bangun pagi tengok senyuman anak

Itu la lunch kami hari Sabtu lepas.. masak kurma ayam with ikan merah goreng..:).. nyummmmiii..

Hari Ahad pulak kami menerima kunjungan tetamu.. tetamu rapat je, iaitu famili Mr.HUBBY.. Ibu Ayah dan adik-adik on the way nak balik rumah nenek di Klang.. tapi sebelum tu diorang semua singgah makan tengahari di rumah kami.. so mommy masak lebih la tengahari hari ahad tu.. cuma kalut-kalut tak sempat nak ambil gambar.. heheheehe.. menunya masak lemak telur itik + ayam goreng halia + ikan goreng + kailan ikan masin.. makan nasi beramai-ramai memang best..:)..

Petangnya pulak aktiviti membasuh kereta Mr.DADDY bersama-sama anak yang terchenta..:).. mommy tolong tengok je..:).. malas nak melibatkan diri.. Ajeeq pulak kemain la sukanya dia dapat main air..:).. siap mandikan dinosour lagi..


Malamnya kami pick kawan mommy dekat Terminal Amanjaya.. selesai ambil kawan mommy, kami singgah makan malam.. kali ni late dinner.. sebab dah pukul 11 baru nak makan.. heheehehehe.. dan inilah menunyaaaa.. 


Itu la menu kami malam tu.. siakap sweet sour + tomyam poktek + kailan ikan masin + somtam.. sungguh sedap dan marveles.. yang menyedapkan lagi sebab kami makan free..:).. kawan mommy belanja.. kami makan sampai kenyang, sengkat dan padat perut.. balik terus tidur je..:).. to my lovely friend, tq so much belanja kami..:).. lain kali boleh belanja lagi..:)..

Thursday, December 5, 2013

::MAKAN PAGI GENG BREKFEZ::

Salam dan selamat pagi.. nak story tentang kisah semalam.. sekarang ni dah jarang-jarang mommy update blog ni.. kenape entah, sifat kemalasan tu ada dekat situ.. adoiiiii.. kena buang cepat-cepat ni sifat ni.. kena buang jauh-jauh.. kalau tidak bersawang la blog mommy ni.. 

Semalam pagi kami di office ada buat makan-makan.. ada kengkawan yang nak masak lebih, so kita bawa pa yang patut nak dibawa.. mommy punya menu yang dibawa adalah yang paling senang.. hehehehe.. malu la pulak nak gitau, telur dadar je.. hehehehe.. antara menu yang ada semalam ialah nasi putih + asam pedas + sardin + telur dadar + udang goreng tempoyak + sayur goreng + nescafe panas.. nyummmmiii.. makan la sampai kenyang.. Alhamdulillah dengan rezeki Ilahi..:)

all the menu
asam pedas Reen
sardin Memin
teluq dadar ceq punya
sayur campur Cik Da
udang tempoyak Cik Da jugakkk
air nescafe k.faz
ini lah kami geng brekfez pkmd kinta.. :).. muka semua boolaattt..:).. maklum la kaum ibu..
Tapi gambar nasi pulak tak de.. nasi k.Linda yang masak.. ibu mengandung yang bertudung biru..:).. Untuk makan tengahari pun kami ulang makan lagi.. sedap, sedap, sedap.. nanti kita buat lagi la, kita semua kan rajin masak..

Tuesday, November 26, 2013

::Lagi CERITERA PEMANIS 27::

Lagi entry untuk ceritera pemanis 27 mommy.. hehehehee.. cam banyak pulak entrynyaaaa.. padahal tak de ape pun..:).. jom layan gambar.. hari rabu yang lepas, mommy turut dapat bunga daripada Mr.HUBBY.. pemberian ikhlas Mr.HUBBY sempena harijadi mommy.. ehehehehe.. suka, suka, suka..:).. maklum la jarang-jarang sekali dapat bunga.. tima harijadi dengan ulangtahun perkahwinan je.. hehehehe..





Terima kasih untuk Mr.HUBBY yang tersayang.. diatas pemberian bunga dan jugak ucapan itu.. :)..Kemudian kami makan-makan lagi.. sesi menggemukkan badan.. hehehehe..







Wednesday, November 20, 2013

::CERITERA PEMANIS 27::

Ok, next entry untuk ceritera pemanis 27 mommy..:).. kali ni kami celebrate awal sikit birthday mommy.. awal 1 hari je.. :).. tak de la nak celebrate ape sangat, just keluar dating berdua je dengan Mr.HUBBY yang tercinta..:).. then Mr.HUBBY turut hadiahkan sesuatu untuk mommy.. hehehehe.. sesuatu yang mommy suka dan sesuatu yang mommy nak sesangat.. nanti kiter story ok..

Kali ni lunch berdua je, kebetulan Mr.HUBBY offday.. sebabnya pada hari ni Mr.HUBBY kerja, so memang dah tak boleh nak lunch sesama, then malamnya pulak office mommy ada operasi, so memang tak boleh nak dinner bersama-sama.. diatas faktor kerjaya masing-masing.. so kami decide untuk lunch awal la..:).. mommy tak kisah, apa-apa pun ok je..

disini la kami lunch sesama
my man


birthday girl
makan kek sepotong kongsi 2 orang.. hehehe.. feeling romantik gitu
wanita pemanis 27
chocolate indulgence tetap menjadi pujaan hatiku

Kami makan-makan, kami sembang-sembang, kami gurau-gurau.. semua itu membuatkan kami bahagia seadanya kami.. mommy bersyukur punya suami sebegitu.. walau hidup serba sederhana, tidak mewah tapi hidup ini ceria disisi suami terchenta..

mommy punyer
Mr.HUBBY punyer
Dan ini lah hadiah yang dapat daripada Mr.HUBBY.. hehehe.. jom kita tengok isi dalamnya..


purse Elle
Tadaaaaaa, disebabkan purse lama dah terkoyak rabak, time nak keluarkan duit pun malu nak keluarkan purse.. hehehehe.. ini je yang mommy nak buat masa terdekat ni..:).. harga?? biarlah rahsia.. siapa yang nak tau, pergi la butik Elle yang berhampiran dengan anda.. hehehehe..

Untuk Mr.HUBBY, terima kasih untuk lunch dan hadiah untuk mommy.. walaupun birthday sebelum gaji.. hihihihi.. I Love You So Much Hubby.. mmmuuuaaaahhhh..:)

::HARI INI ~ PEMANIS 27::

Alhamdulillah hari ni genap 27 tahun usia mommy ye.. ermmmm, dah semakin bertambah usia, dah semakin matang untuk melalui kehidupan di dunia ni.. dan dikala usia ni mommy bersyukur punya segalanya yang indah-indah dalam hidup mommy.. punya keluarga yang sentiasa menyayangi mommy, punya suami yang mencintai mommy, punya anak yang merupakan penyeri dan amanah dalam hidup mommy..

Sungguh kebahagiaan itu milik mommy dikala ini.. dulu mak dan arwah walid yang membahagiakan mommy, now turn Mr.HUBBY pulak membahagiakan mommy seadanya, semampunya Mr.HUBBY.. Syukur teramat kepada Ilahi diatas segala nikmat yang mommy dapat hari ni..

Dan hari ni banyak dapat wish selamat hari jadi melalui FB.. terima kasih untuk kawan-kawan dan ahli keluarga yang ucapkan dan mendoakan kesejahteraan hidup mommy.. 


Dikala hari lahir ni, mommy cuma mendoakan untuk diri sendiri, moga ALLAH kekalkan kebahagiaan ini menjadi milik mommy selamanya.. murahkan rezeki kami sekeluarga.. juga sentiasa dirahmatiNya sentiasa.. Aminnn..

Tuesday, November 19, 2013

::SESI MENGEMBIRAKAN HAZEEQ::

Ini aktiviti malam minggu yang lepas.. lepas Mr.HUBBY dan Ajeeq datang ambil mommy yang habis bertugas di UTC, saja mommy ajak Mr.HUBBY bawa anak jenjalan tengok air terjun warna warna di Dataran Stesyen Keretapi.. orang ramai kalau malam minggu..

Ajeeq pun apa lagi, gembiranya bukan kepalang la.. bila nampak air-air terjun yang berwarna warni tu.. memula dia tengok je, lelama, nak basuh tangan la, nak basuh moto mainan la.. last-last basah abis.. acctualy ramai bebudak yang main air ni.. habis basah la.. lepas ni kalau nak datang kena bawa baju spare..:)..










Masa nak balik, Ajeeq still lagi tak nak balik, terpaksa Mr.HUBBY dukung paksa masuk dalam kereta.. so ape lagi, berdrama airmata la Ajeeq.. menangis kemain kuat lagi..:).. habis semua orang tengok dia.. hehehe.. tak maluuuu la anak mommy..

Friday, November 15, 2013

::CERITA HARI INI::

Selamat petang semuaaaa.. hari ni ni diary online ni bersiaran daripada UTC Ipoh.. mommy bertugas disini petang ni.. sampai la pukul 10.00 malam jap lagi..  bosannyaaaa laaa. lepak kat rumah dengan famili lagi best kot.. tapi apakan daya, saya yang menurut perintah.. huhuhuhuhu.. so memandangkan harini akan bertugas sehingga malam, terus mommy ambil time off awal-awal pagi tadi.. masuk kerja selepas time rehat.. tak de la lemau sangat rasanya..

So tengahari tadi sempat la masak-memasak untuk lunch dengan Mr.HUBBY sebelum solat jumaat.. hari ni Mr.HUBBY masih lagi cuti sakit.. nak dijadikan cerita semalam Mr.HUBBY ku sayang muntah-muntah cirit birit.. food poisoning la kot.. dapat la cuti sakit 1 hari.. so tengahari ni mommy masak la untuk suami tersayang..  so ini je menu kami tengahari tadi.. masak yang simple-simple je.. main campak-campak, terus siappp, terus hidang, terus makan.

kacang buncis goreng 
ayam kicap halia
Itu je menu yang paling cepat dan senang nak dimasak.. kalau nak bersambal ke, berkari ke, berasam pedas ke, bermasak lemak ke, tunggu la hari minggu ye.. hehehehee..

Selesai masak terus makan, sebab Mr.HUBBY dah lapar.. selesai makan, mommy layan lagu hindustan jap.. filem Dulhan Hum Le Jeyenge.. lagu-lagu filem ni semua mommy suka.. ditambahkan lagi dengan pelakon kegemaran mommy.. Salman Khan dan Karishma Kapoor.. layaaaannn laaaaa..











Filem ni mommy layan masa zaman sekolah dolu-dolu.. with my best friend.. petang-petang je kami akan layan lagu-lagu ni.. hehehee.. terimbau pulak kenangan lama.. Now berbalik kepada cerita sekarang di UTC.. mengantuknyaa laaa haaiii.. tadi sibuk settlekan SKT dalam HRMIS.. nasib la line HRMIS laju petang ni.. dah sama laju macam FB.. baru la best nak settlekan kerja.. hehehehe.. 


Itu dia peneman mommy disini.. air mineral, air laici dan waffle.. nyummmmii.. boleh la makan alaskan perut sementara nak tunggu Mr.HUBBY datang ambil malam ni..  haaiiii la masa, lambatnya berjalan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...