Monday, February 18, 2013

::PERASMIAN UTC, IPOH::

ehsan google..
Ini pun cerita rewind.. kejadian pada hari Jumaat lepas. Majlis Perasmian UTC, Ipoh.. pada yang tak tau, UTC tu singkata daripada Pusat Transformasi Bandar.. UTC Ipoh ini adalah yang ketiga selepas Melaka dan Puduraya.. dekat sini, dihimpunkan semua pejabat-pejabat kerajaan ditengah-tengah Bandaraya Ipoh di Bangunan Super Kinta.. operasinya pulak 8.00 pagi hingga 10.00 malam.. hmmmmm.. dan mommy juga tak terkecuali untuk bertugas.. huhuhuhu.. nasib baik sebulan 1 kali je bertugas sini..

Jumaat lepas, perasmian oleh Perdana Menteri Malaysia.. Y.A.B Datuk Seri Naib Tun Abdul Razak.. so berpeluang la mommy nampak PM dari arah dekat.. depan-depan.. dan Boss pulak namakan mommy untuk bertugas di kaunter pejabat with kawan baik mommy merangkap my officemate..:) Dayang, Anne dan K.Linda.. terima kasih la Boss ye sebab mengiktirafkan kami yang putih-putih ni suruh duk depan.. walaupun dah jadi mak teruna.. hehehehe..huhuhuhuhu..












Punya la ramai orang dalam pejabat KPWKM ni.. hmmmm.. sampai sesak.. sakit kepala pun ada bila tengok orang ramai sangat ni.. hmmmm.. 

So bila PM dah balik, baru la lega rasanya.. orang pun dah tak ramai macam tadi.. then sempat jugak pergi Kedai Buku 1 Malaysia.. jom tengok buku apa yang dibeli..

akhirnya dapat juga memiliki buku ni.. bestt..
tak beli pun, ambil gambar je..

::PAGI SABTU YANG HAMPA::

Salam Isnin.. moga segala kita hari ni dipermudahkan Allah hendaknya.. mommy macam biasa la.. masuk kerja macam biasa.. agak bosan sebab hari ni tetap ada monday blues.. maklum la dah cuti sabtu ahad.. bila Isnin, agak-agak suam kuku disitu..

Tapi kali ni nak menceritakan betapa frustnya mommy sabtu lepas.. huhuhu.. kenape?? kenape?? sebab tak dapat nak breakfast dengan makanan yang diidamkan.. huaaaaa.. itu je pun..:).. bangun pagi tu, terus tak tidur balik dah lepas solat Subuh.. masukkan baju dalam mesin, so biarkan mesin baju tu menjalan tugasnya pepagi buta ni.. Mr.HUBBY pun tak sambung tidur lepas solat.. pastu duk berfikir-fikir nak masak ape untuk breakfast.. barang basah pun dah tak de ape dalam fridge.. maklum la mommy kan surirumah hujung minggu.. so kalau hari kerja tu, selalunya lauk beli je.. hehehe..

Terus decide nak ajak Mr.DADDY breakfast dekat luar.. thne boleh terus pergi beli barang basah untuk dimasak lunch nanti.. Mr.HUBBY pun OK je.. 




So plannya nak ke Stadium Indera Mulia.. mommy nak makan char koew teow untuk breakfast.. so Mr.DADDY pulak nak koew teow goreng.. memang terbaek dan tersedap koew teownya dekat Stadium ni.. hehehehe.. memang best.. dah sampaiiii, TUTUP.. huhuhuhu.. frustnya.. sedihhh..

Then terus decide nak breakfast dekat Naina Corner.. makan capati.. tukar menu la.. boleh terus pergi Mydin nak beli barang basah..



dinasour tu tak tinggal.. usung je pegi mana pun..

buat perangai nak daddy je yang suap.. mommy suap tak nak..
Lepas dah selesai breakfast, perut pun dah kenyang.. so kami terus ke Mydin.. tapi sedikit hampa sebab tak banyak pulak barang-barang basahnya.. ke kami yang awal sangat?? ish, ish, ish.. selalunya awal-awal camni, semuanya dah siap.. ikan pun fresh-fresh.. then terus pulak plan nak ajak Mr.DADDY pergi pasar Tanjung Rambutan.. ikan-ikan di pasar comfirm la fresh kan.. geram je tengok ikan-ikan yang fresh ni..

hasil menyopping di Mydin dan pasar segar..
Bila barang basah semua dah cukup, best dan bersemangat la nak memasak..:).. sebelum Mr.HUBBY pergi kerja tengahari tu, sempat la makan di rumah dulu untuk lunch.. menunya adalah nasi putih + sambal udang petai + daging goreng kicap + ayam goreng..:)



Dan menu untuk hari Ahad pulak iailah masakan kegemaran Mr.DADDY.. signature dish mommy.. hehehee.. cewaahhh, bukan main nak ada signature dish pulak.. huhuhuhuhuhu.. nasi putih + kheng phet ayam + telur dadar.. nyummmii.. Mr.DADDY makan sampai menjilat jari..



Mr. HUBBY puji je mommy masak sedap.. hehehe.. ye la suami, isteri kena la masak sedap-sedap nak bagi suami makan.. baru suami sayang kan.. hehehe.. kembang sekejap dengar pujian dari Mr.HUBBY..

Friday, February 8, 2013

::TAKZIAH UNTUK ADIK AHMAD ADAM::


Salam pagi Jumaat buat semua.. pagi ni rasa damai betul.. dengan jalan yang lengang sepanjang perjalanan datang ke pejabat.. mungkin ramai yang dah start bercuti sempena cuti umum Tahun Baru Cina ni.. dan pagi ni, sungguh mommy terkejut bila tengok tv ada ada berita tentang kematian Adik Ahmad Adam Syukri.. pastinya ramai yang dah tahu pasal Adik Adam ni kan..

Kisah Adik Adam ni banyak dapat liputan dari stesyen tv.. dulu pun dah pernah masuk ruangan Malaysia Hari Ini, dan menerusi Malaysia Hari Ini juga mommy tahu tentang kematian Adik Adam ni.. Innalillah.. pagi tadi macam biasa mommy bersiap-siap nak ke pejabat, tengok-tengok anakanda mommy dah bangun.. bangun je terus cakap nak peluk mommy.. manjanya Ajeeq mommy tu..:).. then mommy dukung turun bawah letakkan Ajeeq atas sofa.. Ajeeq minta mommy bukakan Upin Ipin, sambil pegang remote tv nak bagi mommy.. 

Bila mommy on je tv, kebetulan TV3 tengah siarkan tentang pengkebumian Adik Adam.. Ya ALLAH, telah sampai ajalmu sayang.. ini adalah kali ketiga airmata mommy menitis kerana insan kecil yang bernama Ahmad Adam.. walaupun mommy tak kenal, dan walaupun jarak mommy dengan Adam jauh, beratus batu.. namun terasa dekat sangat dengan insan kecil tu.. sejak mommy tahu tentang penderitaan Adam, memang mommy follow perkembangan Adam..

Dan tak sangka hari ni, selepas setahun lebih Adam berjuang untuk hidup, akhirnya Adam pergi juga mengadap Ilahi.. dari-Nya kita datang, dan kepada-Nya kita pergi.. lepas tengok berita tentang Adam, terus mommy peluk Ajeeq.. anak yang mommy sayang.. Ya ALLAH, kalau mommy, tak sanggup nak hadapi dugaan yang sebegitu besar.. nak berjauhan dengan anak pun mommy tak sanggup, apatah lagi nak kehilangan anak.. 

Untuk Adam, moga tenang disana wahai ahli syurga.. berbahagialah kamu dalam jagaan Nabi Ibrahim A.S disana.. kelak kamu yang akan menjadi penyelamat kedua ibu dan bapamu.. Al-Fatihah untukmu sayang..

Thursday, February 7, 2013

::TERATAK CINTA K.A.M.I::

Alhamdulillah, urusan kami ke arah untuk memiliki rumah kami sendiri, cerah perjalanan menuju ke arah itu.. moga ALLAH S.W.T terus mempermudahkan segala urusan yang berkaitan.. memang impian kami suami isteri nak memiliki rumah sendiri sebelum umur 30 tahun.. sebelum ni mommy pernah post rumah yang kami booking di Taman Meru Perdana.. mungkin jodoh kami dengan rumah tu tak panjang..

Kini, kami dah selesai urusan membooking, juga telah selesai proses menandatangani perjanjian jual beli rumah dengan pejabat peguam.. dan rumah baru yang bakal kami duduki ni terletak di Bandar Lahat Baru.. jarak dengan pejabat mommy dan balai Mr.HUBBY pun tak jauh..satu yang mommy berkenan tentang rumah ni adalah design rumah tu sendiri.. memang mommy suka design yang macam tu.. sebabnya kedudukan bilik dan dapur terlindung.. tak de la, bila orang datang, masuk rumah terus nampak dapur.. then kalau kita ulang alik masuk bilik pun tetamu kat depan tak nampak.. hehehehe.. itu pun salah satu faktor penting tu..

Now macam-macam yang mommy dah plan tentang rumah tu.. hehehe.. excitednya nak masuk rumah sendiri.. hehehehe.. doa-doakan la ye semoga rumah tu menjadi milik kami akhirnya.. dalam setiap sujud mommy kepada-Nya, mesti mommy berdoa moga segala urusan pembelian rumah di dipermudahkan.. Aminnnn..

pandangan dari depan rumah..
ruang tamu kedua
laluan dari ruang tamu ke dapur
ruang tamu pertama
bilik air kedua
bilik kedua a.k.a bilik Ajeeq
master bedroom
dapur..
bilik air master bedroom
bilik ketiga a. k.a bilik untuk tetamu
rumah fasa 1..

Gambar yang mommy upload ni adalah rumah contoh.. 

* plan pertama sekali untuk rumah ni ialah nak sambung bahagian belakang rumah untuk dijadikan dapur basah.. ruangan dapur sekarang ni mommy nak buat ruangan meja makan je.. hehehehe.. ermmmm, tak sabarnya.. itulah adalah misi utama buat masa ni.. so start dari sekarang kena start berjimat cermat sebab nak masuk rumah baru ni macam-macam yang perlu difikirkan, dan dilaksanakan.. InsyaALLAH..

Monday, February 4, 2013

:: ZOO TAIPING LAGI ::

Salam Isnin.. ermmm, monday blues la.. mentang-mentang la minggu lepas Isnin cuti, so bila masuk minggu ni, agak lemau jugak.. asyik menguap je.. padahal semalam tidur awal jugak.. hehehee.. dah lama tak menaip panjang dalam entry.. hehehe.. entry sebelum ni pun mommy upload gambar je.. kalau taip pun caption bawah gambar tu je..

Kali ni ceritera mommy with Mr.DADDY dan Ajeeq dikala hujung minggu hari sabtu yang lepas.. dan memandangkan Mr.DADDY pun offday, kami plan nak berjenjalan la.. saja nak bawa Ajeeq jenjalan.. dan destinasi kami adalah Zoo Taiping.. sejak dah ada anak ni, tempat yang camni je la yang kami pergi pun.. hehehehe.. tak de nyer dah nak dating-dating sambil tengok wayang ke.. hehehee.. rindu pulak saat-saat camtu..



laju je jalan ngekor daddy..
tak nak pegang tangan daddy pulak tu..







Balik dari Taiping, kami terus balik rumah.. tak de nak singgah memana.. dan jugak tak pergi Kuala Sepetang untuk makan mee udang.. sebelum ni kalau pergi Taiping, mesti pergi Kuala Sepetang.. kali ni sebab kami singgah rumah abang mommy di Air Kuning.. so kakak ipar dah jamu makan nasi bagai.. dengan bubur kacang hijau lagi.. hehehee.. balik rumah pun still kekenyangan lagi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...