Monday, December 3, 2012

::CERITA HARI MINGGU K.A.M.I::

Hari Sabtu dan ahad yang lepas.. diantara minggu yang best.. memang tiap-tiap minggu best pun.. hehehe.. sebab menghabiskan masa bersama orang-orang yang mommy sayang..:).. hujung minggu ni pulak Mr.DADDY tak kerja, sebab terikat dengan kawad.. so dapat la kami menghabiskan masa-masa indah bersama..:)..

SABTU :

Adalah hari kenduri sedunia.. dari lunch sampai ke dinner memang makan nasi minyak je..:).. memandangkan hari sabtu tu hujan, so tak boleh la nak bergambar bagai di majlis kenduri.. huhuhuhu.. dah tak terpikir langsung, duk kalut ke hujan je.. hehehe.. then ada 2 majlis pulak yang kami pergi.. walaupun hujan, meredah juga hujan nak makan nasi kenduri punya pasal.. hehehe.. dah mengalah orang yang mengidam mommy.. huahuahua..

1st kenduri adalah jiran setaman.. memang lorong rumah kami pun.. rumah Pak Cik Rahman, anak daranya kahwen.. meriah la sebab majlis sebelah pengantin perempuan..:).. nak masuk ke khemah pun siap karpet merah la.. uissshhh, layanan VIP ni walaupun rumah taman.. selalu kalau karpet merah, majlis dalam dewan je.. hehehe.. then ada jugak lauk yang kami dapat, memang diorang masak gotong royong, so diagih-agih la lauk yang lebih.. Alhamdulillah rezeki..

2nd kenduri adalah rumah officemate mommy, Mior Saiful.. kakak kepada officemate mommy kahwen..kami datang memeriahkan majlis.. dan kebetulan pula Incas Mr.HUBBY adalah jiran kepada tuan rumah, memang kami pergi la.. lagipula Mr.HUBBY pun kenal sangat dengan officemate mommy tu..:).. dah selalu sangat diorang berjumpa..

souvenier from majlis kahwen
dinner with nasi minyak
Selesai berdinner, kami ke Mydin Meru Raya.. nak beli barang rumah sikit.. topup mana yang dah nak habis.. while Ajeeq pulak dah tak nak sangat duduk dalam troli.. dah nak tolak troli sama dengan mommy.. haaih la anak, mommy layankan je la anak manja mommy tu..



AHAD :

Kami memang ada plan hari ni.. nak bawa Ajeeq bermain-main di Padang Polo.. dah lama tak bawa Ajeeq ke sana.. orang ramai dikala hujung minggu ni.. masing-masing nak bawa anak-anak bermain dan ramai jugak yang berjogging petang-petang.. 

menu brekafast mommy.. diet sangat!!..hehehe..




jom daddy, kita usya awek kat sana pulak..

haaaa, daddy, ajeeq dah nampak
daddy, ajeeq nak bola ni la.. boleh x??
daddy, nak yang ni jugak boleh x??
x pe la daddy, ajeeq amik bola je..:)

daddy, cepat la bayar, ajeeq nak yang ni..
yeaayy, daddy belikan Ajeeq bola baru..

while Ajeeq ngan Daddy main, mommy mamam roti aiskrim..







Baliknya kami singgah Giant Tambun.. mommy nak beli barang lagi.. walaupun semalam dah pergi Mydin, tapi ada jugak yang mommy terlupa.. huhuhuhu.. selesai menyopping, kami mengisi perut yang sedang lapar ni.. hehehe.. pilihan kami ialah Pizza Hut.. dah lama tak makan pizza..









Akibat masing-masing kelaparan, gambar pizza pun tak sempat nak snap.. hehehe.. laparr.. sampai je pizza, terus makan.. while Ajeeq pun laju je makan pizza.. dah tu suka sangat makan mushroom sup tu.. habis 1 mangkuk Ajeeq sorang.. then baliknya, kami tak terus balik ke rumah, kami ke rumah kawan Mr.DADDY dulu.. kami mau jumpa baby Amani Sofea.. kawan yang juga merangkap jiran kami.. hehehe.. Ajeeq pandai je layan Amani sebagai adik.. chomell je bila Ajeeq duk sebut " adik".. suka mommy tengok..:)..




sama-sama kepam mulut..:)

::I CITY @ IPOH::

Best tak dengar tajuk tu??hehehe.. i city kini di Ipoh.. cewahhh, kemain lagi mommy ye.. nak jugak ada i city kat Ipoh ni.. tapi yang dekat Ipoh ni tak semeriah la macam di Shah Alam.. hehehehe.. tapi Ajeeq still happy dan teruja tengok pokok-pokok lampu ni.. best bila bawa Ajeeq ke tempat yang membuatkan Ajeeq teruja.. mommy dan Mr.DADDY pun tumpang teruja jugak..:)..












Then bila dah penat melayan Ajeeq berjanjalan di sini, kami ke Kedai Abe untuk menghilangkan kedahagaan.. hehehe.. mommy nak makan som tam.. nyummmii.. sedapnya.. while Mr.DADDY pulak boleh berjumpa dengan kawan-kawan sebab ini merupakan tempat melepak diorang.. tapi nasib la Mr.DADDY tak aktif sangat dengan aktiviti melepak ni.. hehehe..



IPOH.. yang kita nampak di highway.. disini lah tempatnya..

Then kami terus balik ke rumah, Ajeeq dah start tak nak duduk diam.. Ajeeq sudah mau jenjalan.. dah penat Mr.DADDY nak kejar dia.. hehehe.. on the way nak balik, kami singgah beli rambutan kuning.. hoyeee.. kegemaran mommy tu..:)..

moktan kuning..
Balik tu pulak layan Maharaja Lawak Mega.. serius best giler.. especially Jozan & Jambu.. memang meletup la lawak diorang,, gelak besar mommy, Mr.DADDY dan Ajeeq..:).. rasanya diorang ko yang ke final.. hehehe.. Boboi pun best jugak.. memang setiap minggu akan ternanti-nanti kan persembahan dari diorang.. sure kelakar habis..tapi Jozan tetap pilihan mommy..

mommy yakin diorang Juara Maharaja Lawak Mega 2012..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...