Wednesday, August 28, 2013

::KERJA-KERJA MENG ALAS KABINET DAPUR::

Selamat pagi semua.. hari ni nak share perasaan rajin yang tetiba menerpa masuk ke dalam badan ni.. hehehee.. akibat frust tak dapat nak masuk rumah baru buat masa ni, so cuma mampu untuk cantik-cantikkan rumah sewa je.. nak cantikkan pun tempat kesayangan mommy je.. bahagian dapur.. hehehe.. bahagian lain pun cantik, cuma nak maintainkan kecantikkan tu.. hehehehe.. sebenarnya bukan cantik la, sebab mommy lebih mementingkan kekemasan.. barang murah-murah tak pe, yang penting setiap inci rumah sentiasa kemas.. 

So sekarang Ajeeq pun dah tau bawa diri, lepas main dia akan kemas semua mainan dia.. sebab mommy paling tak suka kalau rumah bersepah.. rasa bertambah serabut.. ok berbalik kepada tajuk diatas, hujung minggu lepas pergi Ipoh Parade, tujuan asal saja nak singgah  biarkan Ajeeq main dekat tempat permainan yang berbayar tu.. dah lama tak bawa Ajeeq ke situ.. so alang-alang dah sampai, mommy langsung ke Mr.DIY sekali.. gigih mencari pada yang boleh dibeli.. hehehehe.. padahal tak de plan pun sebenarnya nak beli pape.. ke Mr.DIY ni mommy pergi sorang je, sebab Mr.DADDY jagakan Ajeeq..

Sampai je Mr.DIY, sempat sambar beberapa barang yang boleh digunakan untuk bahagian dapur mommy.. so, hari ahad tu, bermula la kerja-kerja meng alas almari kabinet mommy tu.. maklum la rumah sewa ni tak de kitchen kabinet, cuma mampu beli almari kabinet je.. huhuhuhuhu..

bunga comel penyeri rak tv..
alas meja baru, yang lama dah basuh then simpan
alas kabinet ni pun Mr.DIY punya. yang lama dah basuh dan simpan


Cuba tengok barang-barang yang disusun tu, mommy main letak je.. hehehehe.. sebelum ni malas nak alas.. sebab jarang guna pun.. kalau ada tetamu ja baru keluarkan.. betapa pemalasnya la.. hehehehe.. nasib badan.. dari mula kahwen sampai sekarang camtu je la duduknya benda-benda tu.. hehehehe.. baru sekarang nak datang rajinnya tu.. apa boleh buat..


Disebabkan kat rumah tak de pembaris, yang pendek mahupun yang panjang, so terpaksa cari alternatif lain nak mengukur canne.. huhuhuhu.. jenuh la duk perah otak memikirkan, last-last ternampak straw.. boleh la straw pun, janji pun ukur.. nasib baik la kertas alas ni dah ade garis-garis, menyenangkan kerja-kerja mommy.. hehehehe.. bagus, bagus.. i like..



Dan inilah hasilnya.. hehehehe.. disebabkan berlebihan kertas alas tu, mommy letakkan kat almari yang sebelahnya jugak.. nasib cukup je.. tapi nanti kena beli lagi, ada lagi benda yang nak dialaskan.. bila dah start, kena habiskan la, tak boleh separuh jalan je.. hehehehe.. 

* lepas ni ada projek baru untuk dapur kesayangan ni.. nanti i story.. tak sabar.. macam dapat 1 kepuasan bila dapat buat semua ni.. termasuk la projek yang baru tu.. huhuhuhuhu..

Thursday, August 22, 2013

::THE CONJURING vs PIZZA HUT::

Salam petang untuk anda semuaaaaa.. sihat ke semuanyaaaa?? cewaahhh, bajet cam ramai sangat followers yang duk baca.. hehehe.. tak kisah la, yang duk skodeng-skodeng diary mommy ni pun mommy tak kisah.. i suka tau.. heheheehe.. hari ni nak mengisahkan aktiviti dengan Mr.HUBBY kesayangan mommy tu la.. melakukan sesuatu aktiviti yang kami suka lakukan, tapi sekarang ni jarang-jarang dapat melakukannya.. disebabkan budak kecik yang nama Ajeeq tu.. hehehehe.

Ape aktiviti tu?? apa lagiii.. tengok wayang la.. kesukaan mommy dengan Mr.HUBBY ni.. kalau ada cerita yang best, ada masa kelapangan kami.. tentulah kami akan tengok wayang.. last tengok filem Iron Man 3 rasanya.. dah berkurun tu.. ok, macam tajuk yang diberikan, kali ni tentulah kami tengok The Conjuring.. filem thriller seram yang sedang hangat-hangat meletop tu.. dah ramai kengkawan yang tengok, so tak boleh lepaskan peluang ni.. heheheehe..

Ape lagi, destinasi kami Jusco Kinta City.. memula pergi, cam blur-blur.. tak tau nak tengok citer ape sebenarnya.. ingatkan nak tengok Adnan Sempit 3, tapi fikir-fikir cam rugi je.. hehehehe.. so terus cakap dengan Mr.HUBBY tengok The Conjuring la.. lagipun masa kami sampai tu elok-elok je movie tu start.. Mr.HUBBY pun ok je, then terus mommy beli tiket, Mr.HUBBY beli popcorn.. masuk dalam pun, movie tak start lgi.. still duk iklan ni.. 



Movie ni adalah daripada kisah benar kejadian tahun 1971 kalau tak silap mommy.. serius memang takut giler.. huhuhu.. memula dah separuh jalan cerita tu, mommy dah ajak Mr.HUBBY keluar, tapi Mr.HUBBY tak nak, nak tengok sampai habis katanya.. sebab movie ni best.. huhuhuhu.. so mommy lebih banyak letakkan muka kat bahu Mr.HUBBY.. tak berani langsung nak tengok skrin.. hehehee.. takut sungguh la.. walaupun tak tengok, tapi terkejut jugak.. huhuhuhu.. menjerit-jerit dalam tu.. bukan kata mommy je ye, orang lain pun terjerit jugak..

Tapi jalan cerita memang best, sebab berdasarkan cerita sebenar.. so kita tak rasa cam rekaan la.. then lakonan diorang pun mantap-mantap.. huhuuhuhu.. patut la kengkawan yang mana dah tengok movie ni semua cakap best.. memang best, walaupun takut.. huhuhuhuhu..

Then lepas selesai movie, kami makan.. ni satu lagi aktiviti yang mommy suka bila dengan Mr.HUBBY.. huhuhuhu.. Mr.HUBBY pulak jenis layankan je tekak bini ni.. so maunya badan bini dah macam dipam-pam je.. heheheehe.. jom layan gambar je.. huhuhuhuhu.. kami makan-makan sampai perut kenyang, padat, sendat.. hehehehe..











Alhamdulillah kenyang dengan rezeki dari ALLAH.. Syukur..

Friday, August 16, 2013

::BUKAN REZEKI K.A.M.I::

Salam semua.. petang-petang Jumaat ni, esok dah cuti.. Legaaaa, mommy paling suka hari Jumaat.. hehehehe.. best sebab esoknya sabtu ahad dah cuti.. boleh golek-golek atas katil bangun lewat, boleh mengadap muka Ajeeq dari dia bangun sampai la dia tidur balik malam tu.. hehehehe..

Ok dah sikit-sikit je pembuka bicara.. huhuhu.. entry blog ni nak menceritakan kisah duka kami.. huhuhu.. blog ni kan umpama tempat luahan mommy berkongsi suka dan duka dalam meniti kehidupan ni.. dalam entry sebelum ni pun mommy ada bagi hint-hint.. tapi nak mula bercerita tu makan masa sikit.. nak menaip.. huhuhuhuhu..

Ramai kawan-kawan bloggers yang mana follow mommy dah tau yang sebelum ni mommy pernah bercerita tentang Teratak Cinta mommy.. rumah yang dibeli oleh Mr.HUBBY.. tapi sayang, jodoh kami dengan rumah tu tak panjang.. memang betul, kita hanya mampu merancang, tapi ALLAH jua yang menentukan segala-galanya.. kalau ikutkan kecewa, memang la kecewa.. tapi apakan daya, takdir ALLAH yang patut kami akur..

Sehari sebelum raya Mr.HUBBY call.. masa tu mommy di kampung, rumah Pn. Bonda.. Mr.HUBBY cakap pemaju call cakap diorang terpaksa cancel rumah yang kami booking tu.. alasan yang diberikan sebab pemaju ada masalah dengan tuan tanah.. so terpaksa redha la dengan keputusan tu.. walaupun kecewa yang teramat.. sebab banyak yang dah kami plan kan untuk rumah tu.. duit booking dah, permohonan pinjaman perumahan kerajaan pun dah lulus, perjanjian jualbeli rumah dengan pejabat peguam pun dah selesai ditandatangani, dah disiap bayar lagi cas peguam.. huhuhuhu.. tinggal tunggu rumah siap je.. maunya la kami tak frust..

Tapi kami cuba untuk tak berputus asa, cuba untuk berfikiran positif diatas semua yang terjadi ni.. nasihat untuk Mr.HUBBY dan nasihat untuk diri sendiri.. mungkin ALLAH dah tetapkan rezeki rumah lain untuk kami sekeluarga.. ALLAH nak supaya kami terus berusaha dan berusaha, tidak berputus asa dalam usaha kami untuk memiliki rumah kami sendiri.. Aminnn..

* Alhamdulillah pemaju bayar balik segala setiap sen yang telah kami keluarkan.. duit booking dan duit peguam.. kemudian kami turut diberi pampasan kerana pihak pemaju yang terpaksa membatalkan pembelian rumah tersebut.. Moga ada rezeki yang lain untuk kami sekeluarga..

Thursday, August 15, 2013

::SALAM LEBARAN DARI K.A.M.I::

Assalamualaikum dan selamat papgi bloggers semuanya.. hope semuanya sihat walafiat walaupun dah berlemak masing-masing disebabkan penangan ketupat dan lemang.. hehehehe.. termasuk la mommy ni ye.. tuan empunya badan.. dah koleksi lemak pun dah makin bertambah ni.. heheheehe.. hari ni pulak dah 8 Syawal, so maknanya dah seminggu lebih la kita beraya.. dan hari kedua masuk office.. so semalam, hari pertama kerja lepas cuti panjang, memang lemau je ler.. nak update blog pun malas yang teramat..

Hari ni baru ada feel sikit.. hehehehe.. tu pun sikit je ler.. feel best tu tak berapa sangat sebab sebelum raya ritu ada dapat berita sedih yang menyebabkan mommy dan Mr.HUBBY kecewa sesangat.. sungguh kecewa.. huhuhuhu.. nanti mommy cerita ye.. dah tu raya ni Mr.HUBBY tak cuti, cuma balik kejap je pada raya pertama, so feeling nak raya tak teruja sangat.. gambar pun tak banyak yang diambil.. so, untuk tatapan warga bloggers, tengok je la ape yang ada ye.. huhuhuhu.. 

Cuma yang excitednya Ajeeq la.. seronok Ajeeq dapat balik kampung jumpa semua orang yang rindukan dia tu.. heheheehe.. tidur pun kejap-kejap je kalau kat kampung..









So tema raya k.a.m.i tahun ni warna kelabu or silver.. warna tema ikut keluarga Mr.HUBBY.. nak meriah katanya.. huhuhuhu.. memandangkan mommy dan Mr.HUBBY fleksibel, so ikut je la memana yang sedap mata memandang.. hehehehe.. gambar-gambar semua masa beraya di rumah keluarga Mr.HUBBY.. masa di rumah Pn. Bonda, dah tak sempat dah nak bergambar.. masa raya ke 2 dan ke 3 pun tak bergambar, Mr.HUBBY dah kembali bertugas, mood nak bergambar pun tak de.. huhuhhuhuhu.. pape pun , Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin..

Friday, August 2, 2013

::PERSIAPAN LEBARAN K.A.M.I::

Salam Jumaat untuk semua.. hari ni last day mommy bekerja sebelum bercuti raya.. hehehehe.. walaupun raya kali ni Mr.HUBBY tak cuti, tapi mommy harus la cuti awal.. hehehehe.. nak balik berbuka puasa dengan family dan menyambut Syawal dengan family.. dan yang penting, dengan kebenaran Mr.HUBBY ye.. kalau Mr.HUBBY tak bagi kebenaran, mommy pun tak balik la.. huhuhuhuhu.. Mr.HUBBY cakap, kalau mommy tak balik, nanti bila Mr.DADDY kerja, kesian mommy duduk berdua je dengan anak dekat rumah.. Ok Mr.DADDY.. mommy dengan anak balik kampung, tapi nanti kalau Mr.DADDY offday time raya tu, boleh la Mr.DADDY balik kampung jugak.. hehehe.. sebab duk kira-kira tu offday Mr.DADDY jatuh pada raya pertama.. kalau jadual tak berubah la.. huhuhu.. minta-minta camtu la.. Aminnnn.. semoga kami dapat beraya bersama tahun ni walaupun Mr.HUBBY tak bercuti.. Berkhidmat Untuk Negara..

So berbalik kepada persiapan raya kami sekeluarga, semuanya dah complete.. Alhamdulillah dengan rezeki ALLAH buat kami.. dapat berbelanja untuk raya kami.. tahun ni macam biasa la bersederhana saja.. yang penting keperluan anak semua lengkap.. mommy lebih teruja untuk berbelanja untuk anak.. berbelanja untuk diri sendiri biasa-biasa je.. sama jugak dengan Mr.HUBBY.. anak diutamakan.. hehehe.. paling best bila tengok muka Ajeeq bila dapat baju baru.. perangai keciwi menurun dari mommy.. hehehehe..





sampin Ajeeq.. baju melayu tak amik dr tailor lagi.. kami berkelabu raya ni..

Lain-lain persiapan pun Alhamdulillah.. especially kuih raya.. hehehehe.. ofkos la kena beli.. kang ada kawan-kawan yang datang rumah sekembalinya mommy dari kampung, tak de nak jamu apa pulak.. hehehe.. kawan-kawan Mr.HUBBY yang datang.. so ada la juadah sikit sebanyak untuk tetamu kami.. hehehe.. seperti tahun-tahun lepas, tak de la buat open house, tapi kalau ada kawan-kawan yang nak datang, mommy akan rajin untuk memasak.. heheheehe..


officemate belanja biskut ni..
bekas kuih.. dah keluarkan dari almari

baru beli sebab nak buat bekas nasi impit, kuah kacang.. giant buat promosi 1 set ni rm5.. so mommy amik sampai 4 set.. hehehehe..
So dikesempatan ni, nak terus ucap selamat hari raya.. kot-kot pasni dah busy tak sempat nak update diary kesayangan mommy ni.. hehehehe..


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
Dari kami sekeluarga
Ezzad & Sharifah & Hazeeq
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...