Wednesday, June 24, 2015

..::TAHNIAH ADIK MOMO::..

Assalamualaikum salam Ramadhan..:).. ok, nak update tentang kejayaan adik ketiga mommy.. Syed Mukhtar bin Syed Mansor.. dah berjaya menamatkan pengajikan dalam ijazah perubatan.. selesai pengajian selama 7 tahun.. 2 tahun di Intec UITM Shah Alam, 3 tahun di University College of Dublin, Ireland dan 2 tahun di Penang Medical College..  perghhhh, memang lamaaaaa sungguh.. kawan-kawan dia ramai yang dah berkahwin, dah dapat anak.. maklum la umur dah 25.. hehehehe.. mommy dulu 25 tahun dah dapat Abang..:).. ngeeeee.. kakak tak pa la nak menikah sangat.. si adik nak belajar lagi.. so 25 baru la habis.. :)..

Majlis hari Ahad 21 June 2015.. bertempat di Eastern & Oriental Hotel, Penang, majlis berjalan dengan lancar.. so mommy dengan Mr.DADDY gerak dari Ipoh pukul 12.00 tengahari.. anak-anak memang tinggal dengan pengasuh, sebabnya dalam dewan, kanak-kanak tak dibenarkan masuk.. so memang mommy decide tak nak bawa anak-anak.. while Mak dan adik-adik yang lain dah gerak dari Perlis sabtu malam.. so diorang semua tidur Penang la malam tu..:)..


Kami sampai pukul 2.30 petang.. ngam ngam je.. majlis start pukul 3 ptg, so 2.45 tu semua kena masuk dalam dewan dah.. :).. 




Dan Alhamdulillah sangat adik momo dapat the best all around student.. memang kami semua bangga dengan dia..:).. syukur sesangat.. mesti paling happy adalah Mak.. mommy tengok Mak memang sebak masa adik momo turun dari stage dan salam dan peluk Mak.. huhuhuhuhu.. ye la Mak mana yang tak gembira dan bangga dengan pencapaian dan kejayaan anak kan.. so lepas selesai semua, keluar dari dewan memang kami semua bergambar.. :).. pada yang bukan islam memang disediakan hi tea.. so kita yang islam, sila teruskan puasa anda..:)..









Selesai majlis, kami semua terus balik ke rumah adik momo.. budak ni duduk rumah apartment tingat 35.. adoiii la gayat betoi masa naik lift.. takutttttt..:(.. hehehehehe.. so kami semua berbuka puasa bersama-sama.. juadah berbuka semua beli.. maklum la rumah budak bujang, bukan ada apa nak masak..:).. Yeaayyy dapat jugak mommy berbuka puasa bersama Mak.. hehehehe.. Alhamdulillah.. kalau tak, hati tak tenang asyik pikir je bilaa laa nak dapat berbuka bersama-sama dengan Mak..


Selesai berbuka, selesai maghrib, kami teruskan perjalanan balik Ipoh.. duk teringat-ingat je dekat anak-anak.. ye la maklum la baru 1sti time tinggal anak-anak.. kalau tinggal pergi kerja tu tak terasa sangat.. ok, dah selesai entry ni.. selamat berpuasaaaa..

Friday, June 19, 2015

..::HAPPY BIRTHDAY HUSBAND::..

Salam Ramadhan ke2 untuk semua.. dan selamat pagi.. semalam 18 Jun adalah tarikh istimewa suami yang dicintai lagi dikasihi.. hehehehe.. dan semalam adalah tarikh umat Islam bermula berpuasa.. beruntung Mr.HUBBY.. sambut birthday bersama-sama dengan sambut puasa..:)..

So bila dah birthday dibulan puasa, aktiviti kami sekeluarga adalah ketika berbuka puasa lerr.. lagipun hari tu hari bekerja, then Abang pulak sekolah macam biasa.. petang lepas balik kerja baru kami keluar untuk celebrate birthday Mr.DADDY.. mommy memang merancang-rancang nak berbuka puasa di hotel-hotel yang ada di Ipoh ni.. so dua tiga hari sebelum tu start-start servey la mana hotel-hotel yang ada buat buffet ramadhan.. dengan bantuan mr.google, dapat la mommy mencari buffet-buffet ni sekali dengan harga..

So pilih punya pilih, mommy decide nak berbuka di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh.. harga pun berpatutan, bersesuaian dengan bajet mommy.. Mr.HUBBY pulak jenis tak kisah, ikut je mane yang mommy nak..:).. ok, harga buffet Ramadhan di Casuarina ni RM49.00 untuk dewasa dan RM 34.90 untuk kanak-kanak.. semalam mommy suruh Abang makan macam-macam.. nak bagi berbaloi.. hehehehe.. while mommy pulak memang merasa semua benda yang ada.. so bayangkan la tahap kekenyangan dan kesengkakan tu macam mane.. hehehehe..:)..









Ok, meh nak share ape yang mommy amik dan makan semalam.. jangan terkezutt ok.. tapi semuanya adalah dalam kuantiti yang sikit je sebab semua nak merasa kan..

~ Nasi putih dan lauk-pauk
~ Nasi Mandy Kibas
~ Kibas BBQ
~ Satay
~ Cucur Udang
~ Ais Kacang
~ Kuih Muih
~ Kek-Kek
~ Buah-Buahan
~ Koew Teow Goreng

Adik pulak tersangat la baik anginnya semalam.. dapat tengok orang ramai.. pastu ada staf-staf hotel yang ambil pegang dan dukung.. hehehehe.. diorang pun geram dengan Adik.. dengan setepek bunga besar dikepala tu..:).. selesai berbuka kami terus balik rumah, sebab Adik dah start enjin dah untuk menangis.. dah sampai masa tidur Adik memang macam tu..:).. dalam kereta pun dah tidur.. 

So untuk Mr.DADDY,

Selamat Hari Lahir mommy ucapkan.. semoga Mr.DADDY terus diberi kesihatan yang baik untuk Mr.DADDY dapat menjaga mommy dan anak-anak dengan baik.. moga dimurahkan rezeki untuk Mr.DADDY.. dan sentiasa berada didalam rahmat kasihNya.. mommy dan anak-anak sayang Mr.DADDY sesangat tau..:)..

Wednesday, June 3, 2015

..::HONEYMOON WITH ANAK-ANAK::..

Assalamualaikum semuaaaaa.. Adehh lemaunya rasa bila start bekerja selepas dah bercuti lelama ni.. faham-faham la ye.. mood bekerja tu memang kelaut la..:).. 

So enrty ni nak bercerita tentangt bercuti, berhoneymoon haritu.. hehehehe.. Destinasi kami sekeluarga adalah Negeri Pentai Timur.. Terengganu Darul Iman.. heheheehe.. sebab paling utama pemilihan ke Terengganu ni adalah sebabnya mommy sendiri tak pernah lagi sampai ke Terengganu.. umur dah dekat 30 tahun dan tak sampai-sampai lagi.. hehehehe.. negeri lain semua dah habis jelajah..

Ok, Terengganu, daerah yang kami pergi adalah Setiu.. punya alasan yang tersendiri, sebabnya kami nak ke Merang.. kami nak bercuti ke Sutra Beach Resort.. owwwyeeeaahhhh.. plan nak bercuti ni dah lama.. booking bilik dibuat seawal bulan 4.. tudiaaa semangat.. nak berjalan jauh ni memang la kena booking sesiap.. kang sampai biik penuh pulak.. nayaaa jeee..).. 


Percutian kami kali ni memang betul-betul nak rileks dan berehat je kat sini.. tak de aktiviti yang penuh, yang memenatkan.. kami santai-santai dalam bilik, cukup masa keluar pergi makan kat restaurant, cukup masa bawa Abang mandi pool, jenjalan pantai..:).. memang best laaa.. rileks je.. cuma hari kedua ni sana kami ambil kesempatan berjenjalan ke Kuala Terengganu.. nak tengok rupanya Kuala Terengganu.. hehehehe.. Masjid Kristal nampak dari jauh je.. Pasar Payang lagi la tidak berminat nak pergi.. 

Di Kuala Terengganu kami just turun di Pantai Batu Buruk je.. sebabnya Abang nampak taman mainan.. nak turun la diaaa.. sementara Abang main ni, mommy makan sate ikan.. sedapnyaaa laaa haii sate ikan dekat sana..


Inilah dia, tempat yang paling banyak dihabiskan masa sepanjang dekat Sutra ni..:).. 

 
Kolam dia sangat-sangat best.. betul-betul berhadapan dengan pantai.. memang cantek sangat pemandangan..

 

Sepanjang dekat resort ni, makan memang dekat sini je.. bilik yang mommy booking ni sekali dengan breakfast buffet.. so makan malam dan memang dekat sini jugak la.. harga tu memang mahal la standard hotel la kan.. malam pertama kitaorang makan Nasi Goreng Sutra sebab member yang suggestkan.. kena try, sedap katanya.. tapi memang sedap pun.. berbalaoi la dengan harganya yee.. Malam kedua baru kami makan seafood.. ikan ape entah, tak pernah makan, so mommy try ikan tu.. buat masak asam pedas.. memang sedap, memang terbaik.. 
  

Perjalanan kami dari Ipoh nak ke Merang ni lebih kurang 5jam.. Mr.HUBBY drive.. mommy tak boleh nak tolong drive sebab pegang Adik Adeena.. dari Ipoh kami ikut jalan Simpang Pulai ke Cameron, then Gua Musang, melalui sepanjang-panjang Tasik Kenyir.. pemandangan Tasik Kenyir ni memang best, memang cantek..:).. tapi itulah, perjalanan lama macam tu dengan anak kecik kadang-kadang menguji kesabaran.. hehehehe.. especially Adik.. tak tau duduk diam.. hehehehee.. maybe jemu agaknya lama sangat dalam kereta.. 3x tidur, bangun tak sampai-sampai lagi..:)..

Selesai bercuti ke Merang, kami meneruskan percutian balik kampungggg..:)


Lagi 2 atau 3 tahun nak datang lagi lahhh.. hehehehe.. tapi Mr.HUBBY cakap tunggu 5 tahun, sebab penat pergi haritu pun tak habis lagi.. ekekekekeke.. bila dah balik Ipoh ni, asyik teringat je dekat sana..:).. gambar tak banyak sangat yang diambil.. tak sempat dah nak berposing ni kalau dengan anak kecik.. tunggu Adik besar sikit, nanti kita lawan posing ye dikk..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...