Monday, December 22, 2014

::IDZARA MALISA HADEENA::

Lahirnya seorang Puteri
07 Disember 2014
5.31 pagi
2.80 kilogram
Idzara Malisa Hadeena ( Kesederhanaan Yang Sopan Yang Menenangkan)

kucupan kasih dari Abang



::LAHIRNYA PRINCESS MOMMY::

Assalamualaikum semuaaa.. ade ke yang duk skodeng blog mommy ni?? hehehhee.. maklum la dah lama tak update, agak bersawang dah sikit.. hehehehehe.. dan Alhamdulillah, harini dah masuk 16 hari berpatang.. entry ni nak bercerita tentang kelahiran princess mommy.. ramai yang bertanyakan blog nape tak update.. blog tak berupdate disebabkan sifat kemalasan la.. dan ditambah dengan 2 orang anak dah, keadaan agak kekalutan disitu.. heheheheehe.. ok, mari kita ke cerita yang sebenarnya.. hehehehe..

06 Disember 2014 ( Sabtu )

1.00 tengahari - dah start rasa sakit dah sikit, rasa contraction yang mild2 je gitu.. jangkamasa pulak setiap 10 minit sekali.. haritu Mr.HUBBY kerja 7pg dan pukul 1 tengahari habis waktu bekerja, so tak kisah sangat sebab kejap lagi Mr.HUBBY akan balik rumah.. then bila Mr.HUBBY balik, terus cakap dah start rasa contraction, tapi tak kuat, rasa macam ok je lagi.. maklum la dah ada pengalaman.. hehehehehe.. Mr.HUBBY tanya nak pergi hospital ke, mommy cakap tak payah la lagi, under control lagi.. so start dari tu terus buat kerja rumah slow-slow.. kemaskan rumah, lipat baju semua,. buat pun slow-slow la, bila sakit tu berhenti kejap.. 

8.00 malam - contraction dah selang 5 minit sekali.. hurmmmm, dalam otak dah berfikir-fikir samaada nak pergi hospital ataupun tak.. tapi contraction still tak kuat, masih sama cam tengahari tadi.. then pukul 9 lebih dah buat keputusan pergi je la, boleh doktor check bukaan dah berapa.. takut jugak, sebab Ajeeq dulu ada risiko nak lemas.. 

9.00 malam - pergi hospital, Ajeeq tinggalkan dekat rumah pengasuh.. nurse check CTG untuk jantung baby, semuanya ok, cantekk.. then doktor check bukaan, baru 2cm masa tu, so doktor kata boleh balik rumah dulu.. rasanya tak bersalin lagi malam ni.. ok, saya yang mendengar ape yang doktor cakapkan, balik la ke rumah dulu.. kalau turun darah atau keluar air, atau contraction kian kuat, datang balik hospital..

07 Disember 2014 ( Ahad )

12.05 - contraction dah semakin kuat, Mr.HUBBY dah ajak pergi hospital je, takut kalau jadi pape dekat rumah.. tapi mommy yang rasa cam boleh tahan ni, masih lagi menahan kesakitan.. huhuhuhu.. then tengah-tengah sembang dengan Mr.HUBBY tetiba rasa air keluar.. banyak, habis basah atas katil, terus ambil kain batik lipat-lipatkan then letak di celah kangkang, nak pakai pad dah tak boleh dah, banyak sangat air yang keluar.. then warnanya dah coklat, macam baby dah berak dalam perut.. tak sama macam abang dulu, air jernih je yang keluar..

12.15 pagi - sampai hospital, doktor check bukaan masih lagi 2cm, tapi memandangkan air ketuban dan keluar banyak, terus masuk Suite 2.. so bermula la kesakitan yang terlampau sangat.. hinggakan ubat tahan sakit yang dicucuk melalui peha tu pun dah tak rasa pape dah.. memang sakit sangat.. Ya ALLAH, hanya zikir je yang keluar dari mulut ni.. tak dapat dibayangkan camane sakitnya tu.. bila diingatkan rasa, dah serik dah nak mengandung dan bersalin lagi..

4.30 pagi - contraction dah selang 2 minit, nak bernafas pun dah rasa tak lepas dah.. dulu masa Abang, mommy cucuk epidural, so kesakitan tu agak tak terasa sangat, kali ni memang rasa sebetulnya sakit nak bersalin.. tak dapat digambarkan dengan kata-kata..

5.15 pagi - bukaan dah 10cm, doktor minta nurse panggilkan Mr.HUBBY, bila nampak je 
Mr.HUBBY, rasa kelegaan yang teramat sangat walaupun sakitnya makin kuat.. dan mula la proses untuk mengeluarkan princess mommy dan Mr.DADDY.. dan disebabkan anak sulong mommy dibedah, so mommy memang tak pandai nak meneran.. bila doktor dan nurse ajarkan cara-cara meneran baru la dapat tangkap.. bila dah 3x meneran, ok mommy dapat rentak dah camane nak meneran.. huhuhuhuhu.. then doktor suruh pegang kepala baby yang terkeluar.. Mr.HUBBY pun memainkan semangat untuk mommy kuatkan semangat keluarkan adik dengan selamat..

5.31 pagi - Alhamdulillah dengan izin ALLAH, princess mommy dan Mr.DADDY keluar dengan selamatnya.. bila Adik dah keluar, hilang terus rasa sakitnya.. Ya ALLAH hebat sungguh kuasaMu.. perut yang sakit sangat-sangat tadi, dah tak de rasa langsung sakitnya.. kemudian baby diletakkan di atas dada mommy, sementara doktor nak keluarkan uri.. Ya ALLAH, terimakasih diatas kurniaan yang sempurna ini.. mommy dan Mr.DADDY tatap adik dengan penuh rasa kesyukuran..

Lahir la anak dara mommy dan Mr.DADDY kedunia ni dengan selamat.. menerima kucupan daripada Mr.HUBBY sememangkan menenangkan diri.. moga kita dapat membesarkan anak kita dengan sempurna ye Mr.HUBBY sayang..

princess mommy & daddy.. mommy & daddy love u so much sayang..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...