Tuesday, October 14, 2014

::AdikBaby 32w, ALHAMDULILLAH::

Alhamdulillah dan selamat pagi.. mulakan pagi dengan senyuman.. mommy dah siap bersarapan pagi ni.. lontong, teh o ais, kuih apam 1.. nyummmmiii.. sedapnyaaaaa.. Alhamdulillah kenyang perut ni.. AdikBaby pun kemain lagi ligat dalam perut mommy ni.. Entry kali ni tentang kandungan mommy yang dah masuk 32w ataupun 8 bulan.. Alhamdulillah AdikBaby membesar dengan sempurna, tanpa ada apa-apa masalah.. Syukur Alhamdulillah.. Walaupun sepanjang pregnant ni dah 2x minum air gula, tapi Alhamdulillah segala-galanya OK.. HB pun masih lagi OK walaupun diatas pagar.. hehehehe..

Cuma lately ni perasaan mommy bercampur baur.. Tak tau nak diceritakan macam mane.. fikirkan sakit nak bersalin nanti.. huhuhuhu.. nak tak nak mommy kena tempuh.. dulu masa lahirkan Abang, tak tau dan tak pernah rasa lagi sakit bersalin tu camane, so redha je la.. kali ni dah tau, rasa nerves tu makin kuat.. otak pun ligat fikir macam-macam.. sebab dah tau camane situasi saat-sat nak bersalin tu..

Kali ni mommy try untuk bersalin normal, doctor pun cakap tak de masalah untuk bersalin normal, lega mommy fikirkan.. tapi masih ada risau kalau terpaksa dibedah lagi.. seksa pembedahan tu masih terasaa.. moga-moga Allah permudahkan semuanya, jangan la mommy dibedah lagi, tak sanggup dah.. nak jaga pun susah.. mungkin bagi setengah orang tak sakit masa dibedah, senang nak dijaga luka.. tapi bukan pada mommy.. 

Sekarang ni setiap malam, mesti mommy mesti cakap dekat Mr.DADDY, yang mommy takut la bersalin nanti.. entah kenape.. ayat itu je yang selalu terkeluar dari mulut mommy sekarang.. so daddy akan pujuk mommy, nasihat mommy, belai-belai mommy untuk menghilangkan rasa gundah ni.. dalam masa yang sama still excited dan tak sabar nak tunggu AdikBaby keluar, tapi gundah dalam hati mommy ni hanya ALLAH je yang tau..

Moga ALLAH permudahkan semuanyaaa.. Aminnnn

Dan bila dah masuk 8 bulan, mommy dan Mr.DADDY masih lagi mencari-cari nama yang sesuai dan terbaik untuk AdikBaby.. kami dah ada senarai-senarai, cuma kena bersetuju untuk dibuat pemilihan bersama.. kalau boleh mommy memang nak nama yang sedap dipanggil dan maksud yang baik.. dan yang penting mesti la huruf depannya sama dengan nama Abang.. cuma tukar Muhammad tu dengan Nur.. Muhammad Zamir Hazeeq nama Abang, so AdikBaby pun mommy nak Nur Z......... H.......... 

Moga ALLAH permudahkan semuanyaaaa.. Aminnnnn..


Sekarang mommy tengah layan novel cerita ni.. sebelum ni dah layan di tivi.. mommy sangat-sangat suka dan tertarik dengan nama panggilan Una.. chomellll nya la haaiiii..:)..

Friday, October 10, 2014

::BELANJAWAN SEPANJANG BERCUTI::

Assalam semua, entry ni nak buat entry tentang belanjawan kami sekeluarga sepanjang bercuti selama 3 hari 2 malam di Kota Kinabalu.. entry ini bersifat jujur ye sebab mommy nak share semua tentang belanjawan sebabnya mommy la menteri kewangan.. hehehehehe.. so segala-galanya mommy yang uruskan..

1 ) Tiket kapal terbang : kami sekeluarga menaiki kapal terbang Air Asia, tambang murah terbesar di asia katanyaaaa.. hehehehe.. mommy booking tiket bulan Nov 2013, dan tarikh penerbangan adalah pada September 2014.. bayangkan penantian kami hampir 1 tahun semata-mata nak pergi Sabah.. mommy booking time Air Asia buat promosi free seat.. kalau tak membooking lama, tak merasa la, sebab tiket mahal.. mommy dapat tiket pergi dan balik just RM26.00 untuk seorang termasuk Ajeeq.. So total pergi dan balik kami 3 beranak adalah RM 260.00.. memang tersangat murah.. sebab kalau ikutkan rate biasa tiket sehala pun dah boleh mencecah RM200.00.. 

gambar dari encik google
2 ) Hotel : sepanjang 3 hari 2 malam kami menginap di De Galleria Hotel, No 14, Jalan Sentosa, Kampung Air, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.. mommy dan family ambil bilik duluxe queen.. cukup la katil untuk kami 3 beranak.. dekat rumah pun katil saiz queen je.. hehehehe.. hotel ni memang berada di tengah-tengah bandaraya Kota Kinabalu.. semuanya senang dan dekat.. dibawah hotel pulak memang ada pasar malam pada setiap malam, kalau nak berjenjalan tengok-tengok barang ape yang boleh dibeli, memang disyorkan hotel ni.. bilik pun bersih.. boleh la bagi yang mencari hotel bajet macam kami.. so hotel mommy booking melalui Agoda.Com.. rates bilik adalah RM80.00 semalam.. dicampur dengan 2 malam menginap dan juga services dan tax yang dikenakan total RM185.00.. dan yang paling penting walaupun hotel bajet, hotel ni ada lift.. tak de la ibu mengandung ni penat naik tangga.. hehehehe..

ehsan encik google
ehsan encik google
3) Kereta Sewa : Sepanjang disana, nak berjenjalan kami sewa kereta Viva Automatik.. mommy mencari-cari perkhidmatan kereta sewa ni pun melalui internet je, then terus wassap no telefon yang diberikan.. Alhamdulillah sangat senang berurusan dengan En Faizul daripada Fedura Services & Enterprise 019-4817846.. mommy booking dan berikan segala maklumat yang diperlukan, then bayar deposit RM100 untuk booking, then tunggu je masa hari sampai di airport KK diorang datang hantar kereta then baru bayar balance.. so sewa untuk kereta Viva ni RM110 sehari.. dan yang bestnyer diorang kira kadar sewaan cukup 24 jam baru sehari.. total mommy bayar untuk kereta sewa RM220.00 sepanjang 3 hari 3 malam berada di sana..

ehsan encik google jugak
Services diorang sangat on time.. tepat jam 11 pagi driver datang hantar kereta iaitu En. Rizan 016-5865771.. En Rizan ni pun memang bagus.. sangat mesra pelanggan.. rupa-rupanya dia pun orang Utara yang dah lama tinggal di KK ni.. then dia senaraikan tempat-tempat best yang kami boleh pergi.. memang servis sangat bagus.. boleh disyorkan diorang ni kalau sesape yang nak pergi ke KK.. then nak dijadikan cerita, rim kereta viva yang kami sewa ni terkeluar pulak tengah-tengah jalan.. huhuhu.. tapi nasib baik diorang tak kenakan apa-apakan bayaran.. legaaa.. then kami pulangkan kereta lewat sejam dari masa yang dijanjikan pun tak dikenakan apa-apa bayaran.. tapi maklum awal la, nanti kang tertunggu-tunggu pulak diorang di airport nak ambil kereta.. hehehehe..

So itu sahaja lah perbelanjaan kami..

Tiket                      RM   260.00
Hotel                      RM  185.00
Kereta Sewa          RM   220.00
Perbelanjaan lain  RM   400.00 ( makan, minum, minyak kereta, beli ole-ole dari Sabah )
Total                      RM   1100.00

::BERCUTI KE SABAH Part III::

Ok, ni cerita tentang hari terakhir kami di bumi Sabah.. hari ketiga ni kami tak de nak jenjalan mane dah sebab flite pukul 2.05 petang, so dah kena ada di airport jam 12 lebih.. so bangun pagi pun lambat sikit, merehatkan diri selepas seharian berjalan masa hari kedua..:).. so pagi ni la baru mommy nak kemas-kemaskan barang, packing baju busuk masuk dalam beg balik.. asingkan pulak mane yang dah pakai, yang tak pakai lagi.. hehehehe.. so pukul 11 lebih kami dah check out dari hotel, kereta sewa kena diserahkan pada jam 12.00 tengahari..

Sebelum ke airport kami singgah lunch terus di kedai makan.. mahu kenyangkan perut, nanti dalam flite tak perlu nak beli makan.. tidur je sementara nak sampai KL.. hehehehehe.. 





Alhamdulillah selepas 2 jam 30 minit perjalanan, kami selamat tiba di KLIA 2.. perjalanan kami dipermudahkan semuanya.. flite tak delay, cuaca yang baik.. Syukur Alhamdulillah.. bila dah turun flite, nak berjalan ambil laggage pulak punya la jauh, dah tu nak keluar entrance pun punya la jauh.. penat ibu mengandung ni berjalan.. rasa cam nak tumpang Ajeeq naik troli tu sama.. biar Mr.DADDY je yang tolak.. hehehehehe.. luasnya laaa haaiii KLIA 2 ni..




Then kami dijemput lagi oleh Cik Li untuk ambil di airport.. sekali lagi TQ to Cik Li sudi ambil kami 3 beranak.. hehehehe.. then malam tu tidur rumah nenek Mr.HUBBY semalam lagi, sebelum bergerak balik ke Ipoh.. sebelum tamatnya percutian yang best ni.. bila dah sampai Klang, rindunyaaa dengan Sabah.. mommy cakap dekat Mr.HUBBY, boleh dijadikan aktiviti percutian tahunan ni.. hehehehe.. 2 tahun sekali pergi Sabah andai ada rezeki lebih dan panjang umur.. bawa anak-anak berjalan.. :).. Moga ada rezeki kami untuk sampai ke Sabah lagi..

::BERCUTI KE SABAH Part II::

Alhamdulillah, ini sambungan hari kedua semasa berada di bumi Sabah.. aktiviti harini agak padat.. so kami memang bangun awal, sebab perjalanan jauh dan memakan masa hampir 2 jam dari Kota Kinabalu.. Perjalanan berpandukan bantuan waze Mr.HUBBY.. hehehehe.. dan yang penting, sabah cerah awal ok, pukul 7pagi dah terang benderang macam pukul 8.30 di semenanjung.. :)..




Yeayyy, kami 3 beranak dah ready untuk berjalan hari kedua ni.. Mr.DADDY cakap mommy kemain lagi nak berjalan, tak padan dengan mengandung.. hehehehe.. aihhh, mesti la daddy, berpeluang datang ke Sabah ni, kena kuatkan badan untuk berjalan.. so pagi tu kami brakfast dulu, kenyangkan perut, sebab ada kawan mommy gitau sepanjang perjalanan ke Gunung Kinabalu memang dah tak de boleh nak makan-makan dah.. kita tak sure tentang halal sebab dekat sana ramai penduduk yang beragama kristian.. tapi memang betul la, sebab sepanjang perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang, memang banyak gereja je tepi-tepi jalan.. 

So ini lah destinasi kami hari kedua ni.. Gunung Kinabalu.. tapi tak de la sampai nak mendaki Gunung Kinabalu, just di kaki gunung sahaja.. cukup la dapat merasa kesejukkannya.. tapi memang sejuk, lagi sejuk daripada Cameron Highland..:)..










Untuk makluman, bayaran masuk ke Gunung Kinabalu ni RM3.00 untuk dewasa dan kanak-kanak bawah 3 tahun free.. dan nak naik ke kaki gunung pulak bayaran RM8.00 naik dan turun dengan menggunakan kenderaan van yang pihak diorang sediakan.. dan sekali lagi kanak-kanak bawah 3 tahun free..:).. 

Then kami teruskan lagi perjalanan ke Desa Dairy Farm.. nak tengok lembu-lembu tompok-tompok feeling ala-ala New Zealand.. heheehhe.. feeling sangat macam duduk dekat New Zealand, sebab suhu dekat sini memang sejuk.. best jerr.. bahagianya laaaa kalau dekat Ipoh cuaca sejuk macam ni.. comfirm bertambah putih.. hehehehehee.. Dan yang penting, nak masuk ke Desa Dairy Farm ni pun dikenakan bayaran iaitu RM4.00 seorang untuk dewasa dan sekali lagi free untuk kanak-kanak bawah 3 tahun..





Then selesai di Desa Dairy Farm, kami turun menghala ke Kota Kinabalu balik.. so dalam perjalanan balik, kami singgak lagi di Rumah Terbalik.. orang kata kalau datang Kota Kinabalu, wajib pergi Rumah Terbalik ye.. sebabnya hanya di sini je satu-satunya ada Rumah Terbalik ni..  nak masuk Rumah Terbalik ni pun dikenakan bayaran iaitu RM10.00 untuk dewasa warganegara dan sekali lagi free untuk kanak-kanak bawah 3 tahun.. :).. sebenarnya dekat Rumah Terbalik ni gambar hanya boleh diambil dekat luar je, masa dibawa masuk ke dalam rumah, langsung sama sekali tidak dibenarkan untuk mengambil gambar..






So dengan berakhirnya lawatan ke 3 tempat tu, maka berakhir la agenda untuk harini kedua ni.. balik hotel rehat-rehat, mandi-manda.. mommy pun perlu diurut-urut untuk melegakan lenguh kaki mommy ni.. hehehehehe.. lepas dah rehat semua, kami keluar balik untuk mencari makan malam.. itu pun antara agenda yang wajib.. hehehehe.. then nak menyopping baju-baju dan mutiara-mutiara yang ada.. so destinasi kami ialah Pasar Filipina.. banyak pilihannnn.. rambang mataaa.. then makan pun, kami makan disitu.. memasing dah tak larat nak berjalan mencari tempat makan.. mau makan cepat-cepat, balik bilik dan tidur.. keesokkan harinya kami dah mau fly balik ke KL semula.. sayangnyaaa nak tinggalkan bumi Sabah ni.. entah bila la nak dapat jejakkan kaki semula ke sini.. huhuhuhu..

Thursday, October 9, 2014

:: BERCUTI KE SABAH Part I::

Alhamdulillah, kejadian minggu lepas.. trip percutian a.k.a honeymoon ke Sabah akhirnya berjalan dengan lancar.. huuhuhuhu.. setelag penantian hampir 11 bulan.. dah dekat 1 tahun.. huhuhuhu.. apa-apa pun bersyukur akhirnya semuanya berjalan dengan lancar.. Kami sekeluarga selamat pergi dan balik.. Itu lah yang diharapkan pun.. so percutian bermula 28 Oktober 2014. kami pergi sekejap je pun.. Percutian selama 3 hari 2 malam ke Kota Kinabalu.. 

So 28 Oktober percutian bermula seawal jam 3.00 pagi dah bangun mandi-mandi, siap-siap sebab flight pukul 7.50 pagi.. kami pulak sehari sebelum tu dah bertolak ke Klang, rumah nenek Mr.HUBBY.. so kami stay disitu dan gerak ke KLIA 2 pun dari rumah nenek la.. kalau dari Ipoh ni jauh sangat.. huhuhuhu.. Selesai siap-siap, pukul 4.30 dah bergerak ke KLIA 2 dengan dihantar oleh bapa saudara Mr.HUBBY iaitu Cik Li.. TQ Cik Li sudi menghantar kami seawal pagi tu.. hehehehee.. Ajeeq pulak tukar baju je, kesian pulak nak mandikan budak kecik tu jam 3 pagi.. huhuhuhuhu..

Sampai KLIA 2, terus check in drop laggage dulu.. itu yang penting.. hehehehe.. pagi-pagi buta tu pun ramainya laaaa orang beratur untuk check in lagagge.. beratur panjang jugak.. selesai drop laggage, baru kami makan.. sarapan diawal pagi.. hehehehehe.. selesai makan, teruskan berjalan ke balai pelepasan, check keselamatan, then barjalan jauh ikut gate yang ditetapkan.. huhuhuhu.. Jauh berjalan mommy, sebab gate kami J11 adalah antara yang terhujung.. huhuhuhu.. sabor je la ye mommy.. jalan la slow-slow tergedek.. hehehehehe..

ada budak teruja naik kapal terbang.. terujaaaaa..



Ajeeq tidur je, maklum la kena bangun awal.. 




 Ini lah pengalaman pertama kami 3 beranak naik kapal terbang.. maklum la sebelum ni tak pernah naik, tapi disebabkan masa boarding ni mommy mengandungkan AdikBaby 29w, so mommy kena dapatkan surat daripada doktor sebelum dibenarkan menaiki kapal terbang.. so kami 7.50pg kami boarding, sampai KK pukul 10.30pg.. Alhamdulillah cuaca pun OK flight tak de nak delay, then penerbangan pun smooth je.. Akhirnya dapat jugak menjejakkan kaki ke bumi Sabah.. Yeaayyyy, mari kita start our vacation..

So hari pertama di KK kami terus ke hotel untuk check in.. Mandi-mandi, rehat-rehat kejap, then baru keluar balik berjenjalan ke Tanjung Aru.. nak tengok pantai, menikmati sunset.. hehehehe.. 









Then kami terus mencari kedai makan.. niat dihati nak makan seafood.. menikmati kesedapan seafood di sini.. orang cakap murah pun murah.. 

kailan ikan masin
sotong goreng tepung
jenahak sweet sour
udang masak manis
Tapi memang murah giler la seafood di sini.. Total untuk semua lauk-lauk dicampur dengan nasi dengan air baru RM90.00.. macam tak percaya je bila akak kedai tu kira.. huhuhuhu.. murah sesangat..

Selesai berdinner, jenjalan ronda-ronda kejap, then terus balik bilik hotel.. kami mau rehat-rehat sebab esok ada agenda besar.. hehehehe.. kena bangun awal, menikmati sepenuhnya masa-masa yang seciput kami di bumi Sabah ni.. hehehehehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...