Thursday, February 27, 2014

::KERAJINAN UNTUK MELILIT::

Selamat pagi semua.. harini dah khamis, sekejap je masa berlalu.. dah nak habis dah minggu ni..:).. ikutkan pada tajuk tu, mommy just nak share alkisahnya mommy sekarang ni rajin la nak melilit pakai shawl atau pashmina.. hehehehe.. dulu kemain pemalas lagi.. semenjak dua menjak ni je yang rajin.. hehehehe.. Mr.HUBBY pun cakap mommy ok je kalao pakai shawl or pashmina.. tapi mommy lebih prefer pakai kalau nak keluar berjenjalan je.. kalau nak pergi kerja, kekdahnya kena bangun awal sikit.. hehehee.. kalau hari rajin je boleh bershawl berpashmina.. hehehehee..

ni mommy harini.. pagi tadi rajin bebenor duk melilit.. ahakkss..





Cuma sekarang ni tak de tempat penyimpanan yang khusus untuk shawl dan pashmina mommy ni.. hehehe.. just lipat-lipat dan simpan je dalam almari bersama-sama dengan tuala-tuala kecil.. hehehehe.. pasni ni kena gigih la membuat tempat khas untuk penyimpanan ni.. kena bertungkus lumus.. sebab koleksi shawl dan pashmina pun dah semakin bertambah.. hehehehehehe.. 

Tuesday, February 25, 2014

::SEPETANG DI TANJUNG DAWAI::

Selamat petang semua. Alhamdulillah selesai lunch harini.. today makan pizza.. maklum la hari gaji.. hari paling best untuk kakitangan kerajaan yang macam mommy ni.. walaupun gaji tak besar mana, tapi harini la hari yang menggembirakan.. huhuhuhu.. cuma entry kali nak cerita pasal Tanjung Dawai.. aktiviti kami sekeluarga dikala bercuti minggu lepas..

Memula cerita kami ke Bertam, kerumah ayah angkat Mr.HUBBY.. dah lama tak menjenguk ayah angkat Mr.HUBBY tu.. now balik bercuti lama ni baru berkesempatan nak pergi.. so dari Bertam kami ikut jalan lama nak balik ke Bedong, so terus decide dengan Mr.HUBBY mommy nak jenjalan Tanjung Dawai.. tak pernah lagi sampai sini rasanya.. baru 1st time nak menjejakkan kaki ke Tanjung Dawai.. bawa Ajeeq menikmati angin laut petang-petang.. sangat best..:)..

Kami sampai dalam pukul 6 camtu la.. sebelum tu singgah Asar di masjid.. Ajeeq murah rezeki ada seorang Tok Wan tu sedekahkan Ajeeq duit belanja..:).. orang kampung situ kot..

Sampai di Tanjung Dawai memang orang dah ramai.. tapi kami pergi tu bukan hari minggu, tapi orang still ramai jugak..:).. kami bergambar, bersembang.. best pulak layan angin laut sekali sekala..:).. ditambah pulak pergi dengan anak jugak, lagi bertambah bahagia..











Monday, February 24, 2014

::SELAMAT BERTUNANG BUELE & NISHA::

Alhamdulillah, selamat semuanya.. majlis pun berjalan dengan lancar.. masa jugak kami tepati.. hehehehe.. kali ni nak rewind majlis bertunang adik mommy yang nombor empat.. itulah faktor utama kami semua bercuti seminggu minggu lepas.. majlisnye hari Ahad 16 Februari 2014 tapi kakak dengan abang ipar kemain excited cuti sampai seminggu.. hehehehe.. mengalahkan cam kami yang nak bertunang.. hehehehe.. bukan ape, dah alang-alang cuti tu baik ambil terus cuti rehat.. boleh berehat panjang di kampung..:)..

Adik mommy ni bertunang dengan orang Perlis jugak.. senang la.. so tema hantaran kami di pihak lelaki bertemakan warna ungu terang..:).. mommy tolong buat hantaran je.. bukan pandai sangat pun, boleh la kalau buta untuk adik beradik sendiri..:).. 





Sebelum bergerak ke rumah pihak perempuan, kami dirumah Pn. Bonda, ada buat makan-makan tengahari untuk saudara mara terdekat dan jugak jiran-jiran yang sertai rombongan.. majlis bermula pukul 3 petang, so kami bertolak dari ruman Pn. Bonda pukul 2.45.. sekejap je dari rumah Pn. Bonda nak ke rumah pihak perempuan..



















Perasan tak gambar Ajeeq tiada disitu dan dimana-mana pun.. hehehehee.. sebabnya anakanda mommy yang terchenta tu tu tidur dalam kereta.. heehhehe.. dari pagi tak tidur, time majlis tu Ajeeq tidur je la.. Mr.DADDY letakkan Ajeeq dalam kereta buka aircond, memang sedap la Ajeeq tidur.. sekejap-sekejap Mr.DADDY jenguk anakanda tersayang tu..:)

Untuk Buele & Nisha.

Selamat Bertunang akak ucapkan.. jaga hubungan elok-elok.. semoga kekal hingga jenjang pelamin.. hampa darah manis, jaga perangai jaga tingkah laku..:).. harap semuanya berjalan dengan lancar hingga majlis hampa nanti ok..:)..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...