Friday, December 28, 2012

::SPECIAL TQ TO ANNE AYISH::

Rezeki ada dimana-mana.. hehehe.. skemanya ayat tu hoiiii.. ini perihal kisah semalam.. lepas balik dari pejabat, tengok-tengok Anne dah ada depan rumah.. huhuhu.. today Anne nak bagi roti jala with kuah durian dekat mommy.. hehehe.. sebelum tu dah dapat mesej masa mommy di office.. comfirm la mommy nak bila Anne tanya mommy nak ke tak roti jala.. kalo mommy nak, Anne nak hantar.. maklum la rumah kami dekat-dekat je.. hehehe.. untung la rumah dekat ni..:).. boleh merasa ape yang kawan masak.. hehehe..

Masuk rumah je tak sempat nak tukar baju, nak hidang elok-elok dalam pinggang, mommy dah ready untuk makan roti jala with kuah durian.. kesukaan mommy ni..:).. ape-ape yang boleh dimakan bersama kuah durian adalah kesukaan mommy..:).. kalau roti jala with kari ayam, mommy kureng sikit.. kalau tak makan pun tak pe, tapi kalau dengan kuah durian, wajib untuk makan.. hehehe..







Then dinner kami anak beranak pulak adalah menu yang dibeli di pasar malam.. hehehe.. semalam adalah hari pasar malam dekat dengan rumah, so mommy memang tak masak la.. buat mengada-ngada nak suruh Mr.DADDY pergi pasar malam.. hehehe.. 

mommy punya.. bihun sup tulang..
Mr.DADDY suapkan Ajeeq

Mr.DADDY & Ajeeq mamam nasi ayam
my lovely daddy

Thursday, December 27, 2012

::SELAMAT PENGANTIN BARU IDHAM & SITI::

Alhamdulillah, pada 25 Disember 2012 yang lepas, berlangsungnya majlis perkahwinan kawan baik Mr.HUBBY.. majlis yang berlangsung di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.. namun kami sekeluarga berjaya juga untuk menghadiri majlis ni.. kebetulan Mr.HUBBY kerja pukul 7 malam, so sempat la untuk kami pergi dan balik semula ke Ipoh..

Kami sekeluarga bertolak pukul 9 pagi.. tapi bukan kami je tau, kawan-kawan balai Mr.HUBBY pun ada sekali.. kami konvoi ramai-ramai ke Bukit Mertajam.. masing-masing teruja nak menghadiri majlis perkahwinan Idham..

So pagi tu walaupun hari cuti, mommy bangun awal jugak.. siap-siap ape yang perlu dibawa.. then masakkan air untuk Ajeeq.. takkan la mommy sanggup nak bagi Ajeeq mandi air paip yang sejuk tu pagi-pagi buta ni.. hehehe.. dah siap semua, kami sedia untuk gerak.. then tunggu team konvoi yang lain di Plaza Tol Jelapang.. then kami singgah sarapan di R&R Sungai Perak.. mengisi perut yang tenagh berkeroncong.. sebelum nak menjamah nasi kenduri..

Then Alhamdulillah selamat sampai rumah kenduri dan Alhamdulillah kami tak sesat.. hehehe.. masing-masing tak tau dengan jalan di Bukit Mertajam.. nasib baik Mr.HUBBY ada call tanya kawan dia petunjuk nak ke Bukit Mertajam dan berpandukan peta di kad kahwen, kami telah selamat sampai ke rumah kenduri..:)..

Ajeeq tido je sepanjang perjalanan sebab mengantuk bangun awal.. huhuhu..
my hero



my prince
Ajeeq with his daddy..
Yang bestnya mommy rasa kenduri rumah Idham ni adalah lauk-lauk dia.. lauk kenduri yang membuatkan mommy rindukan kenduri di Perlis.. huhuhu.. serius sedap semua lauk-lauk dia.. dan yang paling menjadi kegilaan mommy adalah kerabu taugeh!!!!.. hehehe.. teruja kejap masa nampak kerabu taugeh kat atas meja.. huhuhuhu..dah lama kot mommy tak makan kerabu taugeh ni masa kenduri.. syookk sungguh!!!!.. puas dapat makan..


kerabu taugeh + perut lembu..
ayam masak merah, gulai daging, gulai ikan masin+nenas, dalca, daging kicap & kerabu taugeh!!!
yang ni pinggan kedua.. yang kat atas tu pinggan pertama.. huhuhu..

Ajeeq asyik layan Upin Ipin je..
Kami tetamu jauh yang datang dari Ipoh ni diberi layanan istimewa.. tak sama dengan tetamu yang lain.. hehehe.. untungnya rasa.. dengan ahli keluarga Idham yang ramah-tamah semuanya.. kami dijamu makan dengan cara berhidang.. waaaa, untung ni.. boleh makan banyak.. hihihihi.. then bila dah selesai makan, tunggu kejap.. sebab nak tengok pengantin.. tak sah la kalau datang kenduri kahwen tapi tak tengok pengantin kan..

Idham & Siti
Lepas bergambar dengan pengantin, kami semua ambil keputusan nak terus balik Ipoh.. sebab masing-masing yang pergi semuanya nak masuk kerja pukul 7 malam.. hehehe.. so tak leh nak balik lambat.. kang lambat masuk kerja..

Dalam perjalanan balik, Ajeeq langsung tak tidur.. mommy pulak yang mengantuk.. perut dah kenyang, mata pun layu je.. hmmmm..



sibuk nak pakai spek Mr.DADDY..
Alhamdulillah pukul 4 lebih kami selamat sampai rumah.. sempat la Mr.HUBBY berehat-rehat kejap sebelum pergi kerja..

To Idham & Siti,

Selamat Pengantin Baru.. semoga kekal hingga ke akhir hayat.. sabar dan tabah dalam melalui liku-liku perkahwinan.. jangan cepat melatah dengan setiap cubaan yang datang.. hope korang dapat melayari bahtera perkahwinan dengan aman damai.. then hope dapat baby cepat-cepat..:)

Wednesday, December 26, 2012

::EDISI LUNCH HARI INI::

Alhamdulillah kenyang dengan rezeki tengahari ni..:).. walaupun hari ni adalah hari kalut sedunia.. dah la dengan bertugas kaunter.. haih la..

Dimulakan pagi dengan bangun lewat.. adoiiii la.. jam loceng dah bunyi, pukul 6.40 pagi.. tapi mommy tutup balik.. ingatkan nak pospone 5 minit.. last-last terlajak.. huhuhu.. sedar-sedar pukul 7.10 minit pagi!!!!!!!.. Alamakkkk.. lambat la hari ni.. nasib la masih dalam tempoh 'bercuti'.. haiihh la.. tak boleh diamalkan selalu ni tabiat pospone jam..

Dah lewat harini, bawa kereta pun macam lipas kudung.. cilok kiri, cilok kanan.. hope sangat yang thumbprint masih boleh diselamatkan.. huhuhu.. dan sampai pejabat pukul 7.58.. naib baik.. legaaaa.. kalau tak, merah la thumbprint mommy harini.. huahuahua..

So tengahari ni tak de keluar memana.. then mulut pun dah tak tau nak makan ape.. huhuhuhu.. semenjak dua menjak ni asyik makan ayam, daging.. dah musim orang kahwen sekarang ni.. so itu la menu kenduri.. lunch ni mommy with Dayang tapau je makan dekat pejabat..

Dan inilah menu lunch kami..

nasi putih + telur masin+ ikan masin..
with kuah ayam masak merah

bekerja tanpa secalit make up.. hmmm.. suram je..

Monday, December 24, 2012

::SELAMAT PENGANTIN BARU K.LINDA & FAISAL::

Alhamdulillah, bersambung dari entry mommy sibuk mencari-cari hadiah.. now inilah majlisnya.. Majils Perkahwinan officemate mommy.. majlis berlangsung hari sabtu yang lepas.. rumah pengantin pun dekat je dengan rumah, walaupun Mr.HUBBY kerja, mommy pergi berdua je dengan anak teruna mommy tu..:).. peneman setia dan body guard mommy.. hehehe..

Pukul 1 tengahari mommy gerak dari rumah.. memandangkan rumah dekat, so tak perlu nak gerak awal-awal.. sampai tengok orang tengah ramai.. tapi kawan-kawan yang lain dah siap bergambar dengan pengantin.. memandangkan kami terlambat sikit, tak pe lah, janji dapat tengok pengantin.. cantek sangat warna tema diorang iaitu biru laut.. serius memang cantek.. baju yang K.Linda pakai pun cantek..:)..

Memandangkan Mr.DADDY tak ikut, memang susah la untuk mommy nak makan.. masa ambilkan nasi untuk Ajeeq pun, mommy tinggalkan Ajeeq dengan Anne.. nasib Ajeeq ok je duduk sebelah Anne.. huhuhuhu.. sambil suap Ajeeq pun boleh la suap masuk mulut mommy jugak.. tapi memang tak feel makan nasi kenduri la.. heheehe..






Balik dari rumah kenduri, kami singgah Mekdi.. hehehe.. beli makan tengahari untuk mommy pulak.. Ajeeq tak pe la, dah kenyang mommy suapkan dia makan.. 

To K.linda & Faisal,

Selamat Pengantin Baru.. semoga kekal hingga ke akhir hayat.. sabar dan tabah dalam mengahadapi cabaran dan liku-liku perkahwinan.. dan semoga dapat baby cepat-cepat..:)..aminnnnn..

Friday, December 21, 2012

::MISI MENCARI HADIAH::

Inilah aktiviti mommy time lunch semalam.. huhuhu.. misi mencari hadiah untuk officemate yang berkahwin dan bersalin.. sekarang kan musim berkahwin dan bersalin.. hehehe.. so tengahari tu dah decide dengan officemate Anne dan Dayang.. kami mau ke Mydin Meru.. nak cari hadiah, nak cari hadiah..

Memula tu cam blur nak hadiahkan apa.. kalau set pinggan mangkuk tu dah biasa.. so mommy nak cari yang lain.. then tak nak sama dengan kawan-kawan lain beli.. huhuhuhu.. akhirnya dapat juga hadiah yang sesuai untuk pengantin baru tu..:)..


baju dan kasut untu baby..
ni la hadiah dari mommy untuk pengantin
Selesai misi menyopping hadiah untuk pengantin, kami mencari-cari hadiah untuk baby Ammar pulak.. nak pergi melawat baby Ammar dan bawakan hadiah sekali.. then masing-masing dah lapar.. terus menuju ke food court.. lunch kali ni mommy rasa cam nak makan nasi goreng ikan masing with tomyam.. dah lama tak makan.. huhuhu..
nasi goreng ikan masin
tomyam campur.. serius sedappp..
hadiah untuk pengantin..
hadiah untuk Baby Ammar
ikhlas dari kami..

Wednesday, December 19, 2012

::TAHNIAH ABANG CHIK!!!!!!!::



Alhamdulillah hari ni dapat dengar 1 berita yang cukup menggembirakan kami sekeluarga.. adik ipar mommy iaitu adik kepada Mr.HUBBY dapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2012. sebenarnya mommy pun tak perasan yang result keluar hari ni..

Then tadi masa tengah drive datang pejabat, hot.fm ada buat hotchat pagi ni.. so terus teringat dekat abang chik.. then dalam masa tengah sibuk dekat office, Mr.HUBBY pulak mesej cakap abang chik dapat 8A..Alhamdulillah syukur.. memang happy sangat dengar.. then Pn. Ibu pun call gitau jugak berita yang menggembirakan ni..

muhammad nazmi a.k.a abang chik
his result
to Abang Chik,

Tahniah k.pah dan a.ngah ucapkan.. jadikan ini sebagai semangat untuk abang chik nak capai cita-cita abang chik tu.. kami bangga dengan pencapaian abang chik.. so now abang chik dah boleh memilih jalan dalam bidang mana yang akan abang chik ceburi nanti.. tahniah sekali lagi..:).. nanti boleh la minta a.ngah belanja makan besar.. hehehe.. itu je yang kami mampu untuk menghargai kejayaan abang chik ni ..:)

::K.A.MI MELAWAT NEWBORN BABY::

Ini ceritera kami dikala hari Ahad yang lepas..:).. kami mau melawat baby yang baru lahir.. anak kepada officemate mommy.. Pn. Aminatul Azrida.. so destinasi kami adalah ke Batu Gajah la.. Min now berpantang di rumah keluarganya di Batu Gajah.. nasib dekat je dengan Ipoh.. so boleh la pergi.. best- best boleh bau ciumm baby yang baru lahir ni..:).. bila dapat pegang baby ni, teringin pulak nak ada baby newborn lagi.. hehehee..

Baby boy yang dilahirkan secara normal ni dinamakan Amar Darwish Wafi.. chomell sangat wafi ni.,. geram mommy tengok.. masa mommy pergi tu Wafi tidur je.. rasa cam nak cubit-cubit pipi Wafi ni..:).. walaupun dilahirkan tak cukup bulan, tapi Alhamdulillah Wafi sihat..:).. 




Ajeeq sibuk je main mainan Wafiyyah
ini kakak Wafiyyah Humaira..sebaya dengan Ajeeq..








Balik dari rumah Min, kami singgah AEON Stesyen 18.. saja nak bawa Ajeeq jenjalan.. then boleh dinner terus kat sana..:).. Ajeeq pulak bukan main lagi.. mentang-mentang la dah kuat berjalan dan berlari.. dah tak nak duduk dalam troli dah sekarang.. cewaaahh, bukan main lagi nak jelan sendiri.. lepas tu dah tak nak pegang tangan Mr.DADDY or mommy dah.. penat Mr.DADDY duk kejar Ajeeq.. 

Dah tu bila dengar lagu terus berhenti berjalan dan menari-nari pulak.. hehehee.. orang ramai semua tergelak tengok gelagat Ajeeq..:)..







tengok tu, menari-nari kat tengah jalan..
Then bila perut dah lapar, kami dinner di Wendy's..


Mr.HUBBY punyer

mommy, pattt.. nak mamam..
mommy punyer

Ajeeq layan fries je..
Ajeeq suap Mr.DADDY..
Selesai makan, kami terus nak balik.. dah tak larat nak melayan Ajeeq berjalan.. boleh berpeluh-peluh walaupun dalam shopping kompleks beraircond.. hmmmm.. haih la anak..:)..  malam tu Ajeeq tidur tak sedar memana.. letih punya pasal..hehehe..:).. mommy sayang kamu Ajeeq..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...