Friday, December 30, 2011

::MAJLIS ASYURA 1 MALAYSIA 2011::

Majlis Mengacau Bubur Asyura 1 Malaysia 2011
Perasmian oleh MB Perak
Kompleks Pernama, Ipoh, Perak..







::KURSUS OH KURSUS::

Yeayyyy, kursus lagi..untuk mencukupkan bilangan kursus dalam tahun 2011..alhamdulillah dah cukup 7 hari kursus sy tahun ni..tahun ni lambat sikit nak cukup sebab dari awal tahun dah preagnant then cuti bersalin pulak..lepas dah bersalin banyak kursus yang sy tolak sebab Ajeeq kecil dan masih menyusu badan..just attend kursus yang diadakan dekat Ipoh je..

Dan ini adalah kursus terakhir bagi tahun ni..Kursus Pemantapan dan Kecemerlangan Diri..pengisian kursus agak OK la..hehehe..sebab penceramah semuanya dikenali..so boleh ebrkomunikasi secara dua hala bersama penceramah kursus..hehehe..jom layan pic masa tengah bosan..tapi slot kadang-kadang je ada yang bosan..huhuhuhu..pic masa hari pertama lupa nak snap..hihihihi..just masa hari kedua je..










Tuesday, December 27, 2011

::BERJENJALAN WITH LOVE::

Semalam adalah harinya..hari sy bersama Mr.HUBBY dan anakanda kami berjenjalan bersama-sama..dan semalam juga adalah public holiday sempenan Merry Krismas..tapi Mr.HUBBY tak cuti..kena bekerja, jadi sy dan Ajeeq tak dapat la nak balik kampung atau jenjalan makan angin jauh sikit..dapat jenjalan dekat Ipoh je..huhuhuhu..mula-mula plan nak naik Cameron, tapi jiran kami pulak buat kenduri cukur jambul..Mr.HUBBY cakap nak pergi kenduri cukur jambul baby yang baru lahir tu..cameron bila-bila masa pun boleh pergi lagi..ye, baiklah daddy..yang bestnya nama baby yang baru lahir ni sama dengan nama Ajeeq..Muhammad Aqil Haziq while chenta hati mommy ni pulak Muhammad Zamir Hazeeq..

Petang semalam kami ke Taman Jepun @ Ipoh..orang ramai jugak..sebab hari cuti umum kan..ramai yang bawa keluarga dan anak-anak berjalan-jalan..termasuk ramai jugak kapel-kapel yang keluar berdating..hehehe..sama cam sy dan Mr.HUBBY 3 @ 4 tahun yang lepas..hehehe..masa tu tengah hangat bercinta la katakan..tapi bagi sy, sekarang lagi bertambah hangat..

Lepas dah selesai berjenjalan di Taman Jepun, kami ke Jusco Kinta City..nak beli pampers Ajeeq..hmmm..sini pun orang ramai lagi..sabar je la..jalan pun berselisih bahu..tapi sy ni kalau dah pegi bahagian baby, tak sah la kalau nak sambar baju sama untuk chenta hati sy tu..hehehe..kali ni sempat sambar 2 pasang baju..1 baju jenjalan dan 1 lagi baju pakai di rumah..lagipun sekarang kan tengah sale, jadi tak perlu nak pikir banyak kalau nak membeli..kalau tak sale, maunya fikir 3x nak beli ni..ye la 1 helai baju jenjalan Ajeeq RM60.00++..sama harga cam baju sy dan Mr.HUBBY..tapi tetap puas hati sebab beli jugak baju untuk Ajeeq, kalau tak beli asyik teringat je..hehehe..Mr.DADDY selalu cakap ''Ajeeq ni beruntung betul''..huhuhuhu...































Friday, December 23, 2011

::SELAMAT BERTUNANG AYUNI SARAH!!!::

Hujung minggu 24 Disember 2011 ni adalah Majlis Pertunangan officemate sy..Ayuni Sarah..majlis diadakan di rumah keluarga Ayu di Klang..tak dapat la kami semua officemate yang lain ni nak memenuhi jemputan ke majlis tersebut..

Doa sy semoga majlis berjalan dengan lancar..semoga ikatan pertunangan yang terjalin kekal hingga ke jinjing pelamin dan terus kekal hingga je Jannah ALLAH..sabar dalam menempuhi alam pertunangan..rasanya tempoh bertunang ni la macam-macam dugaan yang datang..maklum la darah manis katakan..





Gambar ni sy ambil semalam..sebab hari ni Ayu dah start bercuti..utk menguruskan persiapan sempena majlis tersebut..dan yang pastinya kek tu tersangatla cun..geram sy tengok..cantek sangat..tapi masa sy dah lepas..hehehe..tumpang gembira dengan majlis Ayu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...