Wednesday, June 29, 2011

::SEMANGAT PAPA!!!::

Today Mr.HUBBY sy bersemangat untuk berjogging..hehehehe..nak mengeluarkan peluh katanya.." syg, dah lama B tak jogging kan "..kadang-kadang Mr.HUBBY bukan boleh percaya sangat..semangatnye sampai tengahari je..bila dah sampai petang nak jogging, macam-macam alasan dia bagi..besok lah, malas lah, letih lah..hehehe..itu la suami sy..dah kenal sangat perangai dia..

Tapi petang ni sy tengok Mr.HUBBY bersemangat betul..pukul 5 dah siap mandi dan tukar baju untuk berjogging..dan tempat yang dipilih adalah Padang Polo..memang tempat ni ramai orang berjogging waktu petang..dalam pukul 5 lebih kami bertolak dari rumah..tengok ramainya la orang..tapi kebanyakkan adalah kaum Cina..diorang memang mementingkan kesihatan..

Bila sampai je Mr.HUBBY pulak terus memulakan langkahnya selepas warming up..Mr.HUBBY cakap nak lari 10 round..huhuhu..tak pe, kita tengok berapa round yang Mr.HUBBY mampu..:)..sementara Mr.HUBBY berjogging, Mrs. Wiffy pulak mengambil peluang untuk makan cendol + laksa Kedah..hehehee..sedapppp cendol dan laksa kedah ni..ramai sangat orang..jadi tak de la sy membuang masa sementara menunggu Mr.HUBBY selesai berjogging..hehehe..sambil tu perut pun kenyang..:)..

Tengah sy duk sedap je makan, tengok Mr.HUBBY dah sampai dekat meja yang sy makan tu..aik, tak nampak 10 kali Mr.HUBBY jogging pun..hehehe..sembang je lebih..1 round je yang mampu pun..hehehehe..Mr.HUBBY cakap dia wat seat up banyak kali..senaman setempat..nanti kalau buat 10 round terus takut pengsan pulak sebab dah lama tak berjogging..:)..ye la tu suami ku sayang..:)..




cendol jagung..menghilangkan dahaga
laksa kedah wif cili potong..nyummiiii..
keciannyer..penat ye..:)

Monday, June 27, 2011

::SUBAIDAH NASI KANDAR::

Dah lama sebenarnya nak makan Nasi Kandar Subaidah ni..ye la, sebab selalu sangat lalu depan kedai ni dekat highway Seberang Jaya, Penang tu..kalau lalu je, mesti tengok..orang mesti ramai punya..tak penah yang tak de orang..orang penang ni memang suka makan nasi kandar agaknya..tak kira pukul berapa semua kereta banyak je..

Hari ni sy dan Mr.HUBBY akan bertolak balik ke Ipoh setelah seminggu sy balik serah tugas di pejabat lama..dan dah cakap dengan Mr.HUBBY yang sy nak makan nasi kandar subaidah..masa dalam kereta pun dah ingatkan Mr.HUBBY balik takut Mr.HUBBY lupa pulak..nanti sy jugak yang rugi dan kempunan..hehehehe..dan Mr.HUBBY cam biasa la "ok sayang"..beruntung jugak bila dapat suami yang baik macam Mr.HUBBY ni kan..:)..

Sy ambil nasi beriani + ayam goreng + telur masin..while Mr.HUBBY pulak nasi beriani + ayam goreng..rasanya biasa-biasa je..boleh dimakan..cuma ayamnya tak garing..kalau garing mesti lagi sedap..huhuhu..tapi tak pe la, janji boleh makan nasi kandar subaidah..tu pun dah cukup untuk memuaskan hati sy..Lil HERO pun sama..masa sy tengah makan tu, bukan main lagi dia aktif je kat dalam perut mama ni..hehehe..suka yer dapat makan nasi kandar..hiihihi..

Masa tengah duk makan tu, sambil sembang-sembang dengan Mr.HUBBY.." B, camane ye dengan orang-orang yang susah tu??kalau mengandung lagi la teringin nak makan macam-macam tapi tak leh nak beli semuanya..tak cukup duit nak beli ape yang diteringinkan..mesti kecian kan B..syg rasa bersyukur dengan rezeki yang ALLAH bagi untuk kita, rasa nak makan ape, semua dapat..Mr.HUBBY pun carikan sampai dapat dan kewangan kita pun mengizinkan untuk kita beli sesuatu yang sy teringin nak makan tu "..Mr.HUBBY pulak mengiyakan apa yang sy cakapkan..kami BERSYUKUR Ya ALLAH dengan rezeki yang diturunkan kepada kami suami isteri..:)..

After makan semua, terus bertolak balik ke Ipoh..sebelum memulakan perjalanan balik, mendoakan agar kami selamat sampai rumah di Ipoh..memohon perlindungan daripada Ilahi sepanjang perjalanan yang memakan masa selama 2 jam itu..dan pada pukul 4 petang, kami selamat sampai rumah..SYUKUR ALHAMDULILLAH..


Thursday, June 23, 2011

::DEBARAN YANG KIAN TERASA::

dup, dup, dup, dup..setiap masa dan ketika pasti debaran tu akan terasa..huhuhuhu..tambah-tambah bila jarum jam pulak sentiasa bergerak tanpa henti menuju ke satu tarikh yang pasti..dan yang pastinya sy kena menghadapi saat itu..berbekalkan cerita dan pengalaman insan-insan disekeliling yang murah hati menceritakan pengalaman masing-masing..hmmmm..camane la agaknya sy akan menempuh detik-detik cemas itu..

Mr.HUBBY pulak akan mengambil peranan untuk metenteramkan hati sy..segala nasihat dan pujukan diberikan tanpa kenal erti jemu..walaupun ayat yang sama keluar dari mulut Mr.HUBBY..ye, terima kasih s.u.a.m.i atas semua kata-kata semangat yang keluar ikhlas dari mulutmu itu..hanya untuk menenangkan hati seorang isteri..yang akan berjuang untuk memberikan zuriat buat s.u.a.m.i yang tercinta..

Dan sekarang, setiap langkah yang diatur, pasti sy akan lebih berhati-hati..agar semuanya selamat menuju ke tarikh yang satu itu..yang tidak dijangka sampainya bila..hanya yang sy mampu adalah menunggu, menunggu dan terus ,menunggu..:)..tapi yang pasti, tarikh itu dah semakin menghampiri kini..hanya doa yang mampu dipohon daripada Yang Maha Esa agar dipermudahkan dan selamat semuanya..

Segala persiapan telah disiapkan untuk menyambut kelahiran cahaya cinta sy bersama Mr.HUBBY..dan cahaya cinta ini jugak ditunggu-tunggukan oleh semua ahli keluarga sebelah sy mahupun sebelah Mr.HUBBY..dan yang kelakarnya adalah s.u.a.m.i sy yang tercinta tu, setiap kali kalau sy call Mr.HUBBY, dan soalan pertama yang keluar dari mulut Mr.HUBBY adalah " nape syg??syg dah sakit nak bersalin ke??"..hehehehe..itulah soalannya..panik s.u.a.m.i sy tu..x pe la Mr.HUBBY, kita sama-sama menunggu kelahiran cahaya cinta ni, dan yang pastinya debaran tu akan kekal bersama-sama kita hingga la saat itu tiba..:)..

Sunday, June 19, 2011

::HAPPY FATHER'S DAY::


Hari ini 19 Jun 2011 merupakan Hari Bapa untuk semua bapa-bapa di seluruh dunia..dan sy ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada suami sy yang tercinta yang bakal menjadi PAPA dalam masa terdekat ni..ucapan dan harapan sy supaya Mr.HUBBY dapat jadi PAPA yang terbaik untuk anak-anak kami kelak..PAPA yang bertanggungjawab terhadap anak-anak..yang membuatkan anak-anak sy bakal bangga dengan memiliki Mr.HUBBY sebagai PAPA..sekarang sy rasakan Mr.HUBBY dah berjaya menjadi suami yang terbaik dan bertanggungjawab kepada, now turn untuk menjadi PAPA pulak..lepas ni tanggungjawab Mr.HUBBY dah semakin besar, perlu fikirkan anak-anak jugak..PAPA yang penyayang dan sanggup berkorban demi anak-anak tersayang..:)

Dan sy juga ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada ayah mertua sy..En. Ahmad Kamal bin Ismail..ayah kandung sy dah meninggal 4 tahun lepas, jadi dengan ayah mertua sy menumpang kasih..orang kata, ibu dan ayah mertua sama jugak dengan ibu dan ayah kandung kita..semoga ayah sihat selalu dan dirahmati ALLAH sentiasa..aminnn..

Dan kepada semua lelaki yang bergelar bapa dan bakal bergelar bapa, Selamat Hari Bapa sy ucapkan..semoga anda semua menjadi bapa yang terbaik untuk anak masing-masing..:)..

Saturday, June 18, 2011

::NUR AINA MERLYSSA::

Sedap namanya..:)..secomel tuannya..bidadari kecil kesayangan C.Anis & C.Ijal..:)..bapa saudara kepada Mr.HUBBY..mukanya sebijik muka C.Ijal..anak bapak..:)..so Lyssa ni adalah sepupu yang terkecik sekali rasanya setakat hari ni..:)..rasanya mak saudara semua dah tutup kilang setakat hari ni..hehehe..dan nama manja budak kecik yang comey ni adalah lica licut..:)..

Alkisahnya sy buka pic dalam telefon tadi, ada pic lyssa..cantik la, boleh update dalam diary sy ni pasal lyssa..:)..pic lyssa ni sy ambil masa C.Anis dan C.Ijal singgah rumah k.a.m.i di Ipoh minggu lepas..diorang nak naik Cameron Highlands..jadi singgah dulu rumah k.a.m.i..:)..lagipun dah lama jugak tak jumpa dengan C.Anis dan C.Ijal..

Malam tu sempat bakar sate je untuk diorang makan..hehehe..yang lain-lain tak sempat dah..yang bestnya tengok lyssa makan sate..hehehe..dia hisap je daging sate ayam tu..pastu diluahkan balik..tak makan dah..pelik sungguh budak ni..tak pandai makan agaknya..:)..tapi tak sempat nak snap pic masa dia tengah menghisap sate tu..

Lepas makan pulak, sibuk je ambil selendang mamanya nak pakai..hehehe..dia pun nak pakai selendang jugak..:)..berebut-rebut dengan C.Anis, nak tolong betulkan tak bagi..nak buat sendiri kononnya..heheehe..cenggitu la kalo ada anak perempuan..best jugak tengok perangai budak perempuan ni kan..nak pakai tudung, nak make up..hehehe..then sy cakap ngan Mr.HUBBY " mesti best kalo ada anak perempuan kan"..dan inilah jawapan Mr.HUBBY busyuk " bagi yang kat dalam perut tu keluar dulu syg, pastu baru pikir lain"..hehehehe..tapi kalo ikutkan perancangan tu 4 tahun lagi la..Mr.HUBBY cakap " bagi yang abang ni faham bahasa dulu..baru tambah adik"..:)..INSYAALLAH..aminnnnn..


comel x lica pakai selendang mama??..:)
tengok tu, nak betulkan sendiri..:)
rambutnya kerinting dan lembut je..ting ting girl..
pic lama masa c.pi kawen
licut wif Mr.HUBBY

::4 TAHUN BERSAMA JKM::

18 JUN 2011..

Satu tarikh yang ada banyak keistimewaannya bagi sy..hari ni adalah hari lahir suami sy yang tercinta, dan pada hari ni jugak sy melapor diri dengan pekerjaan sy sekarang ni..iaitu pada 4 tahun yang lepas..tarikh untuk sy lapor diri 18 Jun 2007 dan ALHAMDULILLAH jodoh sy bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia kekal sehingga kini..


Dan pada hari ni genap la 4 tahun sy berkhidmat dengan JKM..satu tempoh yang agak lama..banyak pengalaman yang sy dapat sepanjang bekerja ni..pelbagai ragam orang yang sy dah jumpa..penempatan pertama sy adalah di Rumah Kanak-Kanak Arau..tempat pelindungan dan pemeliharaan bagi kanak-kanak yang memerlukan..dan kini bila sy dah berkahwin, terpaksa mohon tukar untuk mengikut suami dan kini sy di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak..ingat lagi dulu sebelum dapat posting, selalu berdoa memohon jangan la sy ditempatkan jauh-jauh..tak nak berpisah jauh dengan keluarga dan kekasih tersayang yang kini telah menjadi suami sy..hehehe..

Semoga sy dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik lagi untuk masa-masa akan datang demi kepentingan jabatan..:)

::HAPPY BIRTHDAY HUBBY BUSYUK!!!::


18 JUN 2011..selamat hari lahir untuk suamiku tercinta Muhamad Izzad bin Ahmad Kamal..

Hari ni adalah hari lahir suami sy yang ke 24..dah bertambah lagi satu angka dalam perkiraan umur kita..dan ucapan sy untuk Mr.HUBBY adalah :

suamiku, selamat hari lahir diucapkan,
semoga dilanjutkan usia dan dimurah rezeki selalu,
dan syg berharap b akan bahagia selalu,
dan dengan kelahiran Lil HERO kelak,
kehidupan kita juga akan bertambah bersinar,
dengan kelahiran cahaya cinta kita tu,
dan syg selalu berdoa,
semoga kebahagian abadi kekal jadi milik kita,
dan suami syg yang tercinta ni juga,
akan dirahmati oleh ALLAH S.W.T selalu,
ketahuilah, syg cukup bertuah memiliki b sebagai suami,
insan yang paling bertuah rasanya,
dan yang paling penting,
terima kasih jugak sebab b dah membahagiakan syg selama ni,
dari kita berkawan, bercinta, bertunang dan berkahwin sekarang.

birthday boy!!!
dan semalam, sy berpeluang untuk ucapkan kepada Mr.HUBBY dan hadiahkan ciuman untuk suami tercinta yang busyuk masham tu..:)..also wish dekat wall fb dan jugak sms..tapi sayangnya hari ni kami terpaksa berpisah buat sementara sebab Mr.HUBBY perlu balik ke Ipoh untuk bertugas..so tak leh la nak celebrate birthday boy kali ni..dan yang pastinya sy mempunyai hadiah yang paling istimewa untuk suami sy tu..:)..

Friday, June 17, 2011

::PENANTIAN ITU SATU PENYEKSAAN::

Sesuai sangat la dengan tajuk tu ha..PENANTIAN ITU MEMANG SATU PENYEKSAAN..dah 2 hari sy asyik menunggu je bila la Pengarah nak maklumkan tentang penempatan sy ni..hmmmm, lamanya la..Mr.HUBBY pulak selalu tanya bila la nak tau ni sy nk dapat penempatan dekat mana..tapi yang pasti kami hanya mampu berdoa yang sy ditempatkan di sini jugak..

Semalam merupakan hari kedua sy di JKMN Perak..dah boleh menyesuaikan diri sikit-sikit dengan staff disini..tapi yang sebahagian dengan sy je la..yang lain-lain belum lagi bersembang-sembang..cuma dengan sorang PT dari bahagian kewangan yang rajin sangat turun ke bawah ni untuk bersembang dan berjalan-jalan..boring agaknya kat aras 1 tu agaknya..

Dan semalam sy lunch bersama-sama dengan Mr.HUBBY tersayang di Kantin IPD Ipoh..Mr.HUBBY pun habis kerja pukul 1 tengahari, jadi elok la k.a.m.i lunch sesama sebelum Mr.HUBBY balik rumah..dan yang paling bestnya sebelum Mr.HUBBY pegi kerja pagi tadi, sempat jugak Mr.HUBBY masakkan air untuk mandian sy..hehehee..so sweett..Mr.HUBBY yang tak pernah lupa dengan tanggungjawabnya..:)

Hari ni hari Jumaat penghulu segala hari..semoga berita yang ditunggukan selama 2 hari ni merupakan berita yang menggembirakan sempena hari jumaat ni..:)..diakhir setiap solat pasti sy akan memohon kepada Yang Maha Esa supaya memakbulkan doa sy yang satu ini..AMINNNNNN...


Thursday, June 16, 2011

1st DAY @ JKMN Perak::

Cerita Rewind..

Semalam 15 Jun 2011, adalah tarikh untuk sy melapor diri di JKMN Perak..mengikut surat yang dihantar oleh pihak Ibu Pejabat JKMM kepada sy mengenai pertukaran sy tu..dan semalam, sy tak boleh nak tidur sangat sebab asyik berfikir je dimana la sy nak ditempatkan..tak nak jauh-jauh dengan Mr.HUBBY..nanti lagi susah jadinya..berdoa je sy siang dan malam..tidur pun asyik terjaga je..tak nyenyak sugguh tidur malam sy..hmmmm..

Dan paginya dengan penuh semangat sy terjaga pukul 6.20pg sebab dah kunci jam..hehehehe..kalau tak kunci jam, tak de hari la sy nak terjaga..dan hari ini Mr.HUBBY pulak kerja pukul 1 tengahari..dan Mr.HUBBY jugak dah bagitahu yang Mr.HUBBY nak eskot sy masa sy drive..hehehe.." B nak pastikan syg selamat sampai kat JKM tu "..huhuhuhu..kembang je sy dengar bila Mr.HUBBY cakap camtu..hehehehe..

Tapi yang bestnya pagi ni Mr.HUBBY tolong masakkan air panas untuk sy dan Lil HERO mandi..hehehehe..ye la, rumah kami ni sejuk sangat airnya kalau pagi-pagi..huhuhuhu..dan bila sejuk, Lil HERO akan buat mengeras je dalam perut..pagi ni sy dan Mr.HUBBY bertolak awal dari rumah..risau kalau sampai lewat sebab sy pun tak biasa lagi dengan kesesakan jalan di Ipoh ni bila awal pagi..dan Mr.HUBBY jugak tolong belikan breakfast untuk sy pagi ni..so cute la PAPA busyuk tu..:)..thats why i love him so much..

Sampai di pejabat JKMN Perak, sy diminta untuk melapor diri dengan Timbalan Pengarah sebab Pengarah tak de..jadi penempatan sy masih lagi belum diketahui statusnya sebab ketiadaan Pengarah..sy berharap sangat yang sy akan ditempatkan disini memandangkan di pejabat ni pun masih ada 2 lagi kekosongan jawatan sy ni..

Hari pertama sy ni tak de buat pape pun..just berkenalan dengan staf-staf sini..kebanyakkannya semua murah dengan senyuman dan ramah-ramah..:)..cuma ada 2 or 3 orang yang sedikit sombong..biar la, tak kemana sombong dioarang tu..dan baca maklumat mengenai OKU..dapat la menambahkan serba sedikit ilmu berkaitan OKU ni..

Sy berharap hari ni merupakan permulaan hari yang baik untuk sy terus bekerja di sini..dan berdoa sentiasa agar Pengarah menempatkan sy disini..sy tak nak keluar dari daerah Ipoh..AMINNNNN..dan waktu balik dari ofis, dengan keadaan hujan yang turun, sy berjaya menempuhi kesesakkan kenderaan dan sampai rumah dengan selamat..hihihi..:)..

Monday, June 13, 2011

::KL GANGSTER, BEST!!::


Untuk filem ni sebenarnya Mr.HUBBY yang beriya-iya sangat nak tengok..semangat berkobar-kobar Mr.HUBBY tu start dari k.a.m.i tengok preview filem ni sebelum filem Nur Kasih ditayangkan..tapi masa tu sy tak berminat sangat nak tengok..then bila filem ni dah keluar, Mr.HUBBY nak sangat tengok..mula-mula sy nak bagi je Mr.HUBBY tengok ngan kawan-kawan dia..tapi memandangkan masa kawan-kawan Mr.HUBBY pegi tengok, Mr.HUBBY still lagi di Perlis, so tak leh la Mr.HUBBY nak join kawan-kawan dia..

Dan k.a.m.i buat keputusan nak tengok filem tu hari ni..terpaksa la sy temankan Mr.HUBBY walaupun sebenarnya tak berminat sangat nak tengok..dengan keadaan perut yang semakin membesar ni..ye la, dah 36w pun still tengok wayang lagi..hehhee..sebenarnya k.a.m.i dah plan nak tengok semalam, tapi bila sampai je kat kaunter tiket tu, sumenya dah sold out..uissh, macam goreng pisang panas pulak..

Sebelum nak masuk dalam panggung tu, sy perasan yang sy sorang je ibu mengandung yang tengok cerita ni..hehehe..yang lain semuanya la anak-anak muda dan orang yang tak mengandung..bila dah mengandung ni, sy rasa cm dah tua sikit pulak..hehehhee..tapi jiwa tetap muda tak pe..terus cakap dekat Mr.HUBBY " hubby, perasan tak syg sorang je yang mengandung B..hehehe.."..

Bila dah start filem ni baru best pulak rasanya..bagi sy la..tak sempat nak rasa bosan pun dengan adegan-adegan yang ada dalam filem ni..TAHNIAH buat Shamsul Yusoff..dan yang paling sy suka nak tengok sekali adalah Aaron Aziz..teringat watak dia dalam drama Nora Elena..hehehehehe..Mr.HUBBY senyum je bila sy cakap camtu..serius, kalo watak Seth dalam Nora Elena, Aaron seorang yang romantik, caring, sayangkan isteri..tapi dalam filem ni banyak adegan tumbuk yang melibatkan Aaron..


Dan watak yang menceriakan filem ni adalah watak Abang Long Fadhil @ Abang Long Dhil yang dilakonkan oleh Zizan Raja Lawak..kalau adegan yang melibatkan Zizan, sure 1 panggung yang gelak..kelakar dengan lakonan dia yang bersahaja tu..memang best la..tapi endingnya pulak tak best sebab Zizan mati..huhuhuhu..


Pape pun filem ni memang best la..suka, suka, suka..:)..

Saturday, June 11, 2011

::BERAKHIRNYA SEBUAH PENANTIAN::

Fuuuh, skemanya tajuk entry sy kali ni ye..hehehe..tapi, itulah kenyataannya..berakhirnya penantian sy yang selama ni duk tertanya-tanya bila la sy nak dapat tukar ke Perak..nak tinggal bersama s.u.a.m.i tercinta yang bertugas di Ipoh..dah setahun lebih kami hidup dengan perkahwinan jarak jauh ni..dan kini bila perut sy semakin memboyot, lagi bertambah susah dan payahnya bila hidup jauh-jauh..

Semuanya bermula dengan satu panggilan daripada my BFF Wani " pah duk mana ni??pah naik atas sat..ada benda ni..tak kira, pah kena naik jugak "..acctualy sy malas sangat nak naik atas, sebab dah tak larat..lagipun pagi tadi sy dah naik dah..tu yang bertambah malas lagi tu..then my 2nd Boss pulak call " pah mai naik atas sat..cepat naik ye.."..adduuhh, kali ni memang tak leh elak kena naik jugak la..dah 2nd Boss panggil..bila sy naik atas, diorang semua kat pejabat pentadbiran kat atas tu tengok je sy..kenape ni??kenape ni??sy ada buat kesalahan ke??rasanya tak de pun..hmmmm..musykil betul dengan depa semua..then bila masuk lam bilik my 2nd Boss, 1st tu dia tunjuk surat pertukaran pen.peg yang sama jawatan dengan sy yang ditempatkan di office..maknanya akan ada 2 orang la ye..hmmm..then 2nd baru dia tunjuk surat pertukaran yang sy dapat..Ya ALLAH biar betul??akhirnya dapat jugak sy..bila baca lagi sekali memang betul la surat tu untuk sy..pertukaran sy ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak..sy dikehendaki lapor diri 15 Jun 2011..huh, habis menggigil dah badan sy ni..HAPPY sangat..then terus call Mr.HUBBY, Mr.HUBBY pun terkejut..dan yang paing nyata Mr.HUBBY la orang yang paling gembira sekali dengan berita pertukaran sy ni..

Pape pun sy bersyukur dengan rezeki yang ALLAH S.W.T bagi ketika sy mengandungkan Lil HERO sekarang..rezeki Lil HERO ni..mama dapat tukar disaat Lil HERO dah nak keluar..:)..dan Lil HERO berpeluang untuk membesar di depan mata PAPA..tak jauh dari PAPA lagi..SYUKUR yang tak terhingga kepada ILAHI di atas limpahan rezeki ni..kawan-kawan semuanya ucap tahniah dan dapat menyesuaikan diri di tempat baru..terima kasih semua..

Dan dalam kegembiraan ni terpalit jugak kesedihan..sedih sangat sy rasa..terpaksa meninggalkan MY LOVELY MOM yang tersayang..huhuhuhu..mengalir jugak airmata sy ni..selama 24 tahun sy hidup, tak pernah lagi sy berpisah dengan Mak..tapi kali ni terpaksa..sy pun dah ada kehidupan sy sendiri dan tempat sy adalah disisi suami, bukan dengan Mak lagi..tapi sy tak risau sangat sebab sy ada adik-adik yang akan tengokkan Mak..Mr.HUBBY cakap nanti sekali sekala k.a.m.i akan balik kampung jenguk Mak dan adik-adik..lagipula adik yang yang kedua tu akan berkahwin hujung tahun ni, jadi boleh la adik ipar sy tu tolong jaga dan tengok-tengokkan Mak..

Now sy berharap bila dah lapor diri nanti, sy tak diletakkan di daerah yang jauh-jauh..ye la, Perak ni besar..sy berdoa supaya sy dapat di daerah Kinta or yang dekat-dekat je dengan Kinta..AMINNNNN..

*TQ so much untuk Cik Anis diatas semua nasihat-nasihat yang diberikan tu ye..:)

Thursday, June 9, 2011

::MODE = HAPPY MENANTI KEPULANGAN::

Semalam sy ada pemeriksaan kandungan untuk mingguan di Klinik Santan..dan seperti biasa, nak tengok air kencing, check tekanan darah, timbang berat badan, nurse check perut dan check degupan jantung Lil HERO..so far semuanya dalam keadaan yang normal..suka hati sy mendengarnya..:)..cuma hari ni sy kena jumpa doc di Klinik Kesihatan Kangar..sebabnya HB sy rendah..hmmmm, bila la HB sy ni naik betul-betul naik melepasi paras yang normal ye..asyik main-main je..10.6, 10.2,10.8..bila la nak naik sampai 11 dan keatas ni..ubat Iberet tu sy makan seperti biasa je..

Then terus sms Mr.HUBBY "hubby, besok syg n Lil HERO kena jumpa doc..nk check up sebab HB syg kan rendah..hubby nak temankan syg dan Lil HERO tak''..then dapat jawapan yang positif daripada Mr.HUBBY.."ok jugak syg"..hehehe..maknanya Mr.HUBBY akan balik sini lagi..:)..suka,suka,suka..kebetulan hari ni adalah offday untuk Mr.HUBBY..jadi boleh la Mr.HUBBY lari balik kejap temankan sy dan Lil HERO check up hari ni..cuma kadang-kadang tu sy keciankan Mr.HUBBY..ye la, mesti letih badan duk ulang-alik balik sini..tapi Mr.HUBBY cakap selagi termampu dan tak sakit, Mr.HUBBY tak kisah..semuanya untuk isteri dan anak yang dikasihi..:)..

Dan kali ni Mr.HUBBY balik naik bus..boleh la Mr.HUBBY tidur dan rehat atas bus tu sepanjang 4 jam perjalanan nak balik sini..while sy dan Lil HERO pulak akan sabar menunggu kepulangan Mr.HUBBY dan PAPA busyuk tercinta tu..:)..semoga Mr.HUBBY selamat sampai balik sini..:)..AMIN..dan petang ni k.a.m.i akan sama-sama ke Klinik Kesihatan Kangar untuk check up kandungan sy..best,best,best, pergi sambil ditemani suami tercinta..:)

Tuesday, June 7, 2011

::AS-SALAM Lil HERO::

Today, sy ada appoinment lagi dengan Pakar O & G Hospital Tuanku Fauziah..best,best,best..sebabnya adalah boleh terjah Lil HERO inside..dah lama tak tengok putera busyuk kesayangan ni..:)..dan hari ni ALHAMDULILLAH coz Mr.HUBBY pun dapat menemani sy untuk temujanji ni..syukur..at least tak de la sorang-sorang..bukan ape, bila tengok suami orang lain dapat temankan isteri masing-masing, akan rasa lain la..sedih pun ada..

Then nama sy dipanggil oleh nurse yang bertugas..bangun bangun untuk diambil berat badan dan  tekanan darah..beratnya badan sy..jeng jeng jeng..72kg @ 35w preagnancy..:)..maknanya makin boolat la badan sy ni..tekanan darah sy pulak OK..normal je..then terus masuk ke bilik doc pakar..berdebar-debar pun ada..sebab yang ni adalah untuk scan susulan selepas scan yang 1st bersama pakar dulu tu..Mr.HUBBY pun masuk jugak sebab nak temankan sy dan nak tengok Lil HERO..

Dan selepas doc bertanyakan khabar, terus doc minta sy baring untuk scan Lil HERO..Mr.HUBBY pun turut dipanggil untuk sama-sama tengok keadaan Lil HERO inside..As-Salam anak mama..:)..doc scan dekat bahagian kepala Lil HERO..now doc cakap kepala dah berada di bawah berhampiran pintu rahim..hope Lil HERO tidak berniat untuk memusingkan badan la ye..teruskan je berada camtu sampai la bersalin nanti..:)..then doc tengok jantung Lil HERO pun OK..kuat je degupan tu..dup dup dup dup..kemudian doc tunjukkan Lil HERO punyer..hehehe..nampak jelas sangat..tak berselindung sikit pun..terkangkang je kakinya..tak malu la anak PAPA ni..hehehe..tiap-tiap kali scan mesti Lil HERO akan tunjuk..:)..then doc teruskan lagi scan seluruh perut sy ni..dan resultnya adalah Lil HERO OK je inside..tak de pape yang perlu dirisaukan ye..:)..

Bila dah selesai scan tu, doc cakap, kalau sy still tak bersalin jugak sehingga 13 Julai 2011, sy diminta sekali lagi untuk ke Pakar O&G untuk check up dan akan dibersalinkan pada tarikh tu..huuh, biar betul??doc cakap sebab HB sy rendah..tapi kalau sy dah sakit nak bersalin atau dah turun darah or air ketuban sebelum tarikh tu, tak pe la, terus ke Labour Room je la..:)..

Alrite doc..sy akan ikut ape yang doc cakap tu..:)..now, no need to worry..sy suka..Mr.HUBBY pun senang hati..kita sama-sama menunggu kelahiran Lil HERO tersayang ye..:)..INSYAALLAH..

Monday, June 6, 2011

::DHIA NUR ADAWIYAH::

Cerita rewind lagi..hehehe..tak berkesempatan nak mengupdate semalam, jadi sy update hari ni..:)..semalam 5 Jun 2011, sy bersama Mr.HUBBY ke Kulim..menghadiri majlis perkahwinan Mr.HUBBY bestfriend..Zabidi & Azila..masa on the way tu terus teringat nak sms K.Didie..boleh jumpa Baby Dhia..memang teringin sangat nak jumpa Baby Dhia..

Lepas dah selesai makan kenduri terus contact K.Didie..then kami pun berjanji nak jumpa di Tesco Kulim..tempat yang paling senang nak cari sebab Mr.HUBBY pun tak tau sangat jalan area sini..cuma ingat sikit-sikit je sebab dulu masa praktikal polis Mr.HUBBY ditempatkan disini..

Akhirnya jumpa jugak dengan Baby Dhia..Alololooor, chomelnya..pipinya tembam..geram je sy tengok..Actually sebelum jumpa tadi K.Didie bawa Dhia ke klinik untuk check up dan cucuk 3 bulan..so, Baby Dhia baru lepas kena cucuk la ni..patut la buat muka cian je..cian pulak sy tengok..dan yang paling best sekali Baby Dhia ni baik sangat..tak menangis pun bila duk dengan sy dan jugak Mr.HUBBY..lama pulak tu sy dan Mr.HUBBY bergilir-gilir pegang Baby Dhia..

Hmmmm, tak sabarnya sy nak menunggu Lil HERO keluar..:)..SEMANGAT!!!!..pegang anak orang lain pun dah best sangat, tambah la nanti bila pegang anak sendiri kan..sy cium-cium je pipi tembam Baby Dhia ni..tak leh nak tahan la tengok sj..cam nak gigit-gigit pun ada tapi tak sampai hati la anak orang..hehehehe..masa sy tengah pegang Baby Dhia, Lil HERO pun aktif je gerak-gerak inside..hehe.."jeles ke sayang mama ni??mama pegang baby lain"..Mr.HUBBY pulak mula-mula takut nak pegang..tapi dah lama-lama pandai la pulak PAPA busyuk ni..:)..Mr.HUBBY cakap nanti anak sendiri tak pe la, ni anak orang tu yang takut sikit tu..:)..

Then bila dan sembang-sembang kami pun nak balik la sebab nak singgah rumah family Mr.HUBBY..jenguk ibu, ayah dan adik-adik..:)..dan sy seperti biasa bila dah jalan jauh ni, macam-macam rasa la..nak tidur cian pulak dekat Mr.HUBBY nak drive sorang-sorang..pot pet pot pet sy dalam kereta bersembang dengan Mr.HUBBY..tak nak Mr.HUBBY rasa mengantuk..memang bagus la sy ni sebagai co-pilot..hehehe..tapi hari ni memang hari yang hangat la sebab dapat jumpa Baby Dhia especially..dan jugak K.Didie..dah setahun rasanya tak berjumpa..last jumpa masa majlis perkahwinan kami dulu..







Sunday, June 5, 2011

::SELAMAT BERTUNANG SYED & IERA::

Cerita rewind ye..:)..kejadian yang berlaku semalam..4 Jun 2011 tapi sy update hari ni..:)..semalam penat sangat rasanya..dengan letih, lenguh pinggang, sampai rumah pun dah nak malam, terus sy mandi, rileks-rileks kejap then terus tidur..mata ni dah tak berdaya nak tahan untuk update blog kesayangan sy ni..dalam hati cakap besok je la update..tak lari pun blog ni..hihihihi..semalam just baca blog kawan-kawan je..itu je yang mampu pun..nak update blog sy ni otak dah jem, cam tak tau pulak nak taip ape..

Okeeyy, semalam ada hari untuk majlis pertunangan adik lelaki sy..dik Syed..so, dari pagi la sy sibuk..mengemas rumah coz jap g ada saudara yang nak datang untuk join sekali rombongan meminang..iaitu saudara sebelah arwah walid dan jugak saudara sebelah MY LOVELY MOM..walaupun dengan perut yang memboyot ni, tapi tak menghalang sy untuk terus aktif siapkan semua persiapan pertunangan ni..:)..semangat!!!..

Kami bertolak dari rumah menuju ke Alor Setar untuk ke rumah pihak perempuan..sampai je, kami dah terlewat sejam daripada yang dijanjikan..ye la, tadi brhenti sembahyang zohor dulu..tu yang lewat sikit..yang wajib kena la didahulukan ye..:)..sampai je, terus majlis pun bermula..keluarga sebelah pihak perempuan semuanya sedang siap menunggu..

ALHAMDULILLAH majlis berjalan dengan lancar..tujuan datang juga telah diluahkan dengan cara yang paling sopan mengikut adat orang melayu..pihak perempuan pun menerima dengan hati yang terbuka hajat daripada keluarga sebelah lelaki..SYUKUR..setelah siap semuanya, dan sesi menyarung cincin pun selesai kami dijamu selera makan nasi..semuanya lapar, masing-masing tak makan ape lagi just makan bihun goreng je tadi sebelum bertolak..sedapnya la rasanya keluarga sebelah perempuan ni masak..nyummmmiii..sy pun sampai 2x tambah nasi..hehehee..biasa ler..:)..lauk hari ni adalah nasi putih+kari ikan+ikan masak taucu+sambal udang+sambal belacan+ulaman+puding+tembikai+air oren..kami semua makan sampai kenyang..:)..

Bila dah selesai semua, kami rombongan daripada pihak lelaki minta diri untuk balik..masa nak balik tu hujan pun turun dengan lebatnya..hujan rahmat..:)..dan SYUKUR sekali lagi, majlis berjalan dengan lancar dan kami semua pun selamat pergi dan balik..:)..









Friday, June 3, 2011

::ALMOST DONE!!!:::

Besok adalah hari untuk majlis pertunangan adik lelaki sy..:)..dan sy pulak semakin sibuk dan kalut dengan hantaran-hantaran semua..petang tadi sy dan K.yah ke Kangar untuk membeli ape yang perlu di touch up lagi kan..then tambah-tambah barang-barang mane yang difikirkan perlu..now, dah perfect semua hantaran-hantaran tu..

1) bekas cincin
2) buah-buahan
3) garam gula + cokelat
4) kek
5) muffin coklat

dan petang tadi jugak sy dah ke Tasik Melati untuk tempah bihun goreng..saja la buat makan-makan sebelum nak bertolak ke Alor Setar..sy just buat makan ringan-ringan je sebab dekat rumah sebelah perempuan dah buatkan nasi untuk makan tengahari..:)..

Now just mendoakan agar majlis besok berjalan dengan lancar..kami akan bertolak dengan menaiki 3 buah kereta dan sebuah van..van tu adalah rombongan dari Thai, saudara sebelah MY LOVELY MOM..antaranya  tok dan mak saudara sy..can't wait untuk tunggu besok..:)

Wednesday, June 1, 2011

::HANTARAN UNTUK ADIK::

Sejak hari Ahad lepas, sy sibuk sikit sebab duk buat hantaran untuk majlis pertunangan adik lelaki sy pada 4 Jun nanti..:)..nak kata pandai sangat, tak de la..tapi boleh ler..hehehe..even masa majlis perkahwinan sy dulu pun sy buat sendiri hantarannya..itu la 1st time sy belajar untuk buat hantaran..rasa lagi puas hati..seronok je bila tengok semua hantaran tu dak siap..hehehe..sy banyak tengok majalah pengantin, tapi tak de la nak wat yang rumit-rumit dan yang susah-susah tu..just buat yang simple-simple tapi memuaskan hati..:)..

Untuk majlis pertunangan adik sy ni, sy memang dah ada niat pun nak sponsor dan tolong adik sy buatkan hantaran ni..heehe..baik kan sy..:)..tema untuk majlis ni ialah biru muda..CANTIK..MY LOVELY MOM cakap sejuk je mata memandang..now, semua hantaran ni almost 80% dah siap..tinggal nak touch up sikit-sikit je lagi..:)..nak tambah-tambah ape yang difikirkan perlu dan cantik untuk ditambah..kali ni sy buat 5 hantaran dan nanti akan berbalas dengan 7 dulang hantaran daripada pihak perempuan..bekas cincin, buah-buahan, kek, chokelat dan jugak muffin..:)..

Balik je dari kerja after shower semua, sy akan memulakan operasi sy untuk menyiapkan hantaran ni semua..Mr.HUBBY selalu cakap " rajinnya mama buncit "..hehehe..mesti la, tengok la isteri sape kan..lagi pun benda-benda macam ni, minat la jugak..tapi lepas tu akan timbul la macam-macam rasa..lenguh pinggang la, pedih perut la..ye la, bila dah duduk dalam jangka masa yang lama..pape pun, kena kuatkan diri jugak untuk siapkan semua hantaran ni..:)






Sy ingat hari jumaat nanti baru la siap hantaran ni semua 100%..:)..harap adik sy akan berpuas hati dengan hasil kerja tangan kakaknya ini..hehehe..by the way, rasa-rasanya cantik jugak kan..kih kih kih..okey la tu, untuk majlis pertunangan..nanti bila hantaran untuk majlis perkahwinan pulak baru kita buat yang lagi lagi lagi cantik..:)

::KESUKAAN SY::

Dengan izin dari ALLAH S.W.T hari ni hujan turun..dah lama rasanya hujan tak turun membasahi bumi..semalam pun also hujan jugak..:)..dan nasib baik bila dah nak habis waktu pejabat, hujan pun berenti..sy rasa hari ni rasa cam nak makan koew teow sup siam la pulak..dah lama rasanya tak makan..tambah pulak denga cuaca yang baru lepas hujan ni..lagi la marveles..then tiba-tiba teringat nak makan ais kacang pulak..:)..lagi la bertambah mantap my feveret tu..koew teow sup siam + ais kacang..

Then sy pun terus pusing stereng menuju ke Mata Ayer..dekat je dengan ofis sy..10 minit pun tak sampai..sampai je kedai tu terus order..tapi sebelum tu dah sms gitau dekat Mr.HUBBY yang sy dan Lil HERO nak makan koew teow sup siam..dan Mr.HUBBY pun memahami sy sebab kalau dulu masa zaman berdating, boleh dikatakan tiap-tiap hari sy akan makan koew teow sup siam ni..kesukaan sy..:)..ais kacangnya pulak memang mengancam..sebab ada banyak bahan-bahannya kat dalam tu..:)..dengan manis yang secukupnya..hilang dahaga bila makan..:)

Jom makan sesama..:)..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...